hit me..

gambar gambar

Sunday, August 25, 2013

Happy Birthday Kaklong!

Bismillah

Ini cerita fresh dari ladang.. Baru je petang tadi terjadi.. hahaha.. Hari ni birthday kaklong Sarah. Kebetulan aku pergi kedai diorang petang tadi, terus Sarah ajak aku pergi beli kek then aku tanya kenapa.. Sarah jawab nak buat surprise untuk kaklong.. Aku pon ikut je la... Drive ke Kedai Kek Suria dekat Batu 6.. Beli kek then hantar Sarah ke kedai dan aku terus balik.. Selepas solat asar, aku terus ke stadium. Kitorang celebrate kat tasik dekat stadium tu.. Main tepung bagai.. Nah Gambar!











Saturday, August 24, 2013

Sekayu Waterfall

Bismillah

Ini semalam punya cerita. Dah lama rancang dengan Sarah dan Shikin. Siapa yang join? Erm.. Ramai la jugak.. Ramai lelaki dari perempuan sebab kami rapat.. hahaha... Shikin, Sarah, Sabila, Rizaman, Saufi, Fareed, Nick, Adi, Mulim, Adam, Kaklong Sarah, hubby dan anak dia and other 2 friends which I kinda don't know them.. But they are welcomed.. Mula-mula Iwan nak ikot.. Tapi terpaksa balik di pertengahan jalan sebab kereta dia buat hal.. Haiyyaaa.. Takpe la.. Lain kali kita pergi lagi...

Plan nak gerak pukul 7 pagi tapi tuptup pukul 8 baru gerak atas masalah-masalah teknikal iaitu
1- Baru nak beli ikan pagi tu sebab petang sebelum tu dah cari tapi tak jumpa. So Sarah and Shikin decide pagi tu pergi pasar jap.

2- Bila diorang balik, nak buat nasi goreng and ikan singgang tetiba gas pulak habis. Terpaksa pergi kedai gas and tunggu pakcik tu hantar gas.. Bila dah setel semua baru kami bertolak..

Yang satu kereta dengan aku adalah Shikin dan Sabila. Rizaman jadi driver kami.. Me being big boss duk sebelah dia.. hahaha Satu kereta lagi adalah orang yang sedang berbulan madu, Sarah and Saufi.. hahaha... Yang lain dah bertolak awal naik motor.. Kaklong pulak punya la semangat, petang Khamis tu dah pergi dah. Dia sewa bilik dekat situ. Semangat ke tidak? haha

Dah la on the way to sesat.. Salah masuk simpang.. Tu la taknak dengar cakap aku sangat! =D

Konvoi kereta..

Penumpang VVIP di tempat duduk belakang =D

Mereka bahagia.. hahaha

Dah sampai.. Kena bayar RM1 untuk parking, RM2 untuk bayaran masuk dan RM2 untuk sewa troli in-case bawa barang banyak macam kami ni..

Bersiap-siap..

Abang Wan, suami Kaklong. Sibuk menyalakan tempat membakar.. Sambil-sambil tu dia membebel.. Sebab kitorang lambat sampai..

Ulat gonggok yang super besar! Aku awal-awal dah lari bila diorang tunjuk ulat ni.. Sumpah aku geli! Kazen aku masa kecik-kecik dulu panggil ulat ni 'Ulat Superman". hehe

Me and Shikin berendam! Nampak macam dalam je kan? Tapi bila berdiri betul-betul air paras atas lutut je! =D

Model air terjun, Saufi =D

Diorang ni lepas main air, makan jap.. Then pergi sembahyang jumaat.. Pastu makan... Pastu terjun balik..

Ikan and sosej bakar in the making

Berposing di atas jambatan gantung.

Last but not least, group picture.. 
Back from left: Sabila, me, Mulim, Adi, Saufi, Sarah, Shikin
Front from left: Rizaman, Fareed, *tataw nama*, Nick, Adam, *Tataw nama jugak*
Kaklong and family taknak masuk skali...

Freestyle pose..

The boys..

The girl.. Konon spontan la sangat!

Konvoi motor...

Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi join, yang sudi bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini especially Kaklong and husband, Pakcik Man yang baik hati nak drive.. hahaha... TERIMA KASIH SEMUA! Tahun depan kita pergi tempat lain pulak eh!

Saturday, August 17, 2013

Ceritera Raya 2013

Bismillah

Dah ramai post cerita pasal raya sekarang.. Aku pon taknak kalah walaupun dah agak lambat.. Tahun ni giliran kami beraya di Terengganu. Persiapan raya bermula awal puasa lagi tapi baju raya aku tetap siap malam raya.. Inilah nasib anak tukang jahit huhuhuhu... Aku benci betul la orang upah mak aku jahit janji 2 pasang je tapi pergi letak dalam beg 5-6 pasang... Ikut janji la... Kesian mak aku sampai malam raya pon kena jahit..

Berbalik kepada cerita raya, tahun ni kami beraya berempat sahaja plus kawan along.. So berlima tetapi keluarga aku empat saja.. Angah tak dapat cuti terpaksa beraya di Melaka.. Kesian baby Rasya.. Taknak banyak cerita.. Tengok je la gambar... Tapi tak banyak sangat.. Keluarga aku bukan suka bergambar sangat.. Tapi suka snap gambar.. hehehe..








Gambar salam aku punye takde sebab time aku salam takde orang nak ambik gambar.. Then bila set timer gambar tak cantik...SEDEY!!!!

SELAMAT HARI RAYA!!!
Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, August 7, 2013

Selamat Hari Raya! Nah Ecard Raya!

Bismillah


Saturday, August 3, 2013

August 2013 Blog Giveaway

Bismillah


Click HERE to join the contest!

Friday, August 2, 2013

Very Bad News

Bismillah

Kisah sedih ni berdasarkan cuti angah aku. Dia kan ashker so cuti dia susah sikit. Mula-mula dia bagitahu mak aku yang dia cuti seminggu selepas raya. So mak aku decide ak buat rumah terbuka pada raya ke-6. Sebab ramai nak datang nak tengok si Rasya. And ramai dah habis puasa 6 kot...

But then, semalam angah mesej mak cakap dia cuti 18 haribulan. Rasa-rasanya orang dah start kerja dah time tu. Mak aku pon dah start mengajar dah. Angah cakap suruh mak carry on je la rumah terbuka tu. Takkan nak tunggu dia pulak kan. Kesian uwan nak beraya dengan cucu tak dapat. Dah la cucu first kan. Dan kesian jugak kawan-kawan uwan atok and maksu tak dapat nak tengok Rasya.. hahaha.. Aku bagitahu kakak ipar aku kalau dia nak balik dengan Rasya aku dengan abah boleh je pergi ambik kat Melaka tu. Tu kalau dia nak la kan...



Beraya tanpa seorang abang la aku tahun ni. Tahun lepas angah aku raya kat rumah mertua dia. Tapi raya ke-2 dia balik Talang kejap. Nasib baik la along aku ada. Nanti dia dah kawin, aku sekoq-sekoq je raya ngan mak abah.. wowowowo... Hai ashker ashker...