hit me..

gambar gambar

Friday, June 14, 2013

Final Exam

Bismillah

Hari ni baru start first paper dimana ada sesetengah orang dah habis semua paper dan dah sampai rumah dah.. Malam tadi aku dengan Ama tak tidur sampai pagi. Study punya pasal. Aku bantai minum Nescafe 3 tin. Kesudahannya pukul 6 Ama tidur kejap, aku pulak duk guling-guling atas katil.. Macam-macam cara dah buat supaya dapat tidur kejap tapi hampeh... Biasanya setin Nescafe pon aku dah terjaga sampai pukul 3 pagi, ni pulak 3 tin. Tapi petang tadi aku pulun tidur dari pukul 2 sampai pukul 5.. hahaha


Banyak gila krisis yang melanda apabila nak habis semester nie. Nak-nak pasal penempatan semester hadapan. Sekali lagi nama aku dan housemate yang lain tersenarai dalam senarai KIV. Itu kira macam atas pagar la samaada dapat tempat atau ditendang keluar. Orang lain sibuk nak study exam kami pulak sibuk mana nak carik rumah. Ye la orang duduk jauh... Kalau dekat dengan rumah memang dengan senang hatinya aku ajak kawan-kawan aku duduk rumah aku je.. Sewa bulanan RM50 pon jadi lah.. 


Krisis kedua adalah kenderaan. Kalau duduk dalam Unimas boleh la jalan kaki or naik bas. Tapi kalau duduk luar mana nak carik kenderaan. Memang bas tu ada tapi kalau terlepas bas macam mana?? Kang tak pasal-pasal kena barred exam sebab attendance tak cukup. Sebab apa? Terlepas bas. Kalau boleh duduk kat UniGarden, aku ingat nak beli basikal je. Tapi kalau duduk dekat Desa Ilmu mampos nak kayuh basikal dari Desa Ilmu lalu ikut Kampus Timur dulu baru sampai kat Kampus Barat ni.. Haaa... Parah... Macam mana ni...??


Krisis lain?? Biarlah aku seorang saja yang simpan. Sesetengah perkara kita boleh cerita kan..? Sesetengah je.. Lagi setengah, simpan je lah walaupun berpotensi menyebabkan barah. Bukan barah sebenar, ini adalah literasi.. wahahaha... Bangga mak aku sebagai cikgu BM ni.. =D

Countdown nak balik rumah lagi seminggu. Tiket flight dah print. Semangat kau Lijah! Hari-hari tengok tiket tu.. Tak sabar nak jumpa Diboo and AliyaTak sabar nak jumpa Rasya. And the most important tak sabar nak jumpa mak abah serta tak sabar nak mengepau duit along dan angah.. hahaha... Kitak orang tunggu kamek balit hari khamis tok!


No comments :