Bismillah
Alhamdulillah aku sudah merdeka! Pukul 9 pg tadi bermulalah sesi berperang dengan paper Computer Security dan merupakan sesi perang yang terakhir untuk sem ini. Sesi berperang bermula pada 4 Jan hari tu iaitu paper Database. Diikuti dengan paper Math pada 7 Jan dan paper Multimedia Programming pada 8 Jan.
Balik semenanjung?? Aku balik pada 15 Jan nanti. Rasa menyesal pula pergi book tiket balik lambat. Habis exam 10 Jan tapi kau balik 15 Jan. Tu la time book hari tu taknak fikir masak-masak dulu. Fikir harga tiket je kan?! Ada banyak sebab aku nak balik sangat-sangat. Salah satunya adalah Along aku nak kawin 18 Jan ni. Aku book tiket balik dulu baru mak aku comfirm-kan tarikh nikah along. Mak tanya "awak balik bila?" dan bila aku bagi tahu, dia jawab "ok la awak balik awal sikit. Boleh tolong kemas rumah. Terus balik Ganu eh! Tak payah nak singgah kampung dulu. Nanti pakcik makcik awak semua datang Ganu jugak!" and aku just balas "Ye lah.. Dah book dah pon! Abah awal-awal lagi pesan suruh terus balik Ganu." Suka la tu mak eh! Ada banyak lagi sebab seperti rindu mak abah, rindu angah and Kak Fallina serta si bambam Rasya tu. Oh, rindu along jugak! Tak sabar nampak!! Hari-hari kau upload status facebook countdown hari yer! hehehe...
Dah 2 malam dah aku tak tidur.. Time study Programming sekali and malam tadi lagi sekali. Biasalah, student life. Time camni la nak kena struggle pon kan! Time cuti bantai la ko tidur banyak-banyak sampai kena marah mak abah! hahaha... Tapi biasanya hari first sampau rumah mak abah tak marah kecuali kejut solat. Diorang faham anak-anak diorang letih. Lebih-lebih lagi yang sesat jauh ni. Penat angkut barang ke airport, penat naik kapalterbang, penat tunggu kapal terbang transit ke Terengganu lagi.. Penat kau naik kapalterbang! Takda sapa sudi sponsor tiket VIP ke?? Baru tak penat kan? hahaha... Berangan!
Oh, lupa nak wish korang Happy New Year 2014.!! Orang lain dah lama wish, aku baru ingat nak wish kan! New year hari tu tak sambut pon. Kitorang just pergi makan kat Station 12 Kuching je. Orang berpusu-pusu kat Merdeka Plaza sebab nak sambut new year, kami sibuk jugak nak lalu ikot situ pergi kedai makan tu. Pastu mula la cuak bila jumpa polis! hahaha... Saya memang takut bila jumpa polis. Apatah lagi roadblock.. hehehe... Abang polis sila jangan tahan saya! Tak pepasal saya nangis walaupun tak bersalah! hihihi..
No comments :
Post a Comment