hit me..

gambar gambar

Monday, September 8, 2014

Kehilangan Bapa Saudara, Bukhari bin Mahmud.

Bismillah

**Entry yang sangat panjang!

Dah lama gila tak update blog ni. Nak kata sibuk tu memang pentipu! Nampak sangat dia punya menipu sampai jadi pentipu kau! Ni nak update pasal kami balik kampung minggu lepas.

Pada hari selasa kami menerima berita bahawa bapa saudara aku yakni adik bongsu kepada abah aku sudah semakin tenat.. Lepas abah balik dari kerja, dia suruh kitorang siap-siap kemas. Get ready kata orang puteh! Ready for the worst. Bapa saudara aku yang kami panggil Achik tu sebenarnya sakit kanser tp aku tak pasti pulak kanser apa. Kanser dia dah mula merebak ke tempat lain. Tu yang memburukkan keadaan lagi.

Abah cakap kita tunggu malam ni macam mana cerita dia. Then bila dah malam, makcik aku cakap keadaan dia still sama, masih tenat. So, abah decide pagi esok kami balik. Mak abah terpaksa ambik cuti. Takpa la, demi adik kan.. Kami balik pagi, sampai sana petang. Sampai je terus pergi hospital dan kebetulan pulak, masa melawat. Terus kami masuk tengok dia. Menangis aku tengok keadaan dia. Dengan wayar semua berselirat bagai. Dia masa tu macam sedar tak sedar. Anak dia, Apit bagitahu dia kami datang, dia macam sedar, bukak mata tapi macam blank. tu pon kena bisik dekat-dekat dengan telinga dia.

Nak dijadikan cerita pulak, anak sulung dia kami panggil Along Ean kena masuk ICU di hospital yang sama sebab denggi. So, aku dengan family ni bergilir-gilir kejap tengok achik, kejap pergi kat Along Ean. Kami duduk sana sampai la habis waktu melawat. Then kami balik rumah Amok (makcik). Dah reda semua then sebelum kami nak tidur (dalam pukul 11 macam tu) terima panggilan dari isteri arwah suruh bawak anak-anak arwah ke hospital segera. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kami pon segera ke hospital. Call semua adik beradik abah cakap la Achik dah tenat sangat, suruh sedekah doa dan bacaan yasiin. Sampai kat hospital tengok Achik, aku dah menangis. Tak tahan tengok dia. Then isteri Achik suruh aku pergi tengok Along Ean kot-kot boleh keluar kejap tengok ayah dia.

Aku pergi pulak ke wad Along Ean dengan Amok. Tanya nurse, nurse cakap tak boleh sebab Along pon berselirat dengan wayar semua. Kembali ke wad Achik. Makin lama, makin ramai saudara sampai. Tapi takda la sampai penuh wad tu. Aku ajak si Danish dengan Darwish keluar main kat luar wad. Tak nak la sesak kat dalam. Kami duduk kat sana sampai almost pukul 4 pagi then mak ajak balik sebab si Darwish pon dah tido dah.  Tinggallah Abah aku, Makteh, isteri Achik dan sepupu aku tak silap.

Sampai rumah amok dalam pukul 4 lebih, kemas-kemas tempat tidur then terus tidur. Pukul 6 lebih mak kejut cakap Achik dah pergi meninggalkan kami pukul 4.55 pagi. Aku bukak Whatsapp tengok ayah aku yang bagitahu semua. Jenazah akan dibawa balik dalam pukul 7.30 pagi. Aku terus bangun dan tolong mak aku dan amok siap-siapkan barang-barang. Pergi kerumah arwah dibelakang rumah amok, kemas semua. Sapu lantai, bentangkan tikar, letak tilam. 

Pukul 7 lebih jenazah sampai. Aku terus pergi mandi. Aku duduk je kat dalam rumah amok bila diorang mandikan jenazah. Then siap semua, jenazah dibawa ke masjid kg. Talang untuk disembahyangkan. Aku tak ke masjid tapi aku terus ke tanah perkuburan. Tunggu disitu. Kawasan tanah perkuburan tu dipinggir bukit. Kami terpaksa panjat bukit yang curam. Disitulah tempat persemadian arwah nenek dan atok aku kalau aku tak silap. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Bermula dari jenazah dibawa balik sehinggalah jenazah disemadikan. Alhamdulillah. 

Selamat tinggal Achik. Semoga roh Achik tenang di sana. Etty rindu nak rebut remote tv dengan Achik sebab Etty nak tengok English movie tapi Achik pula nak tengok Hindustan. Rindu nak berdebat dengan Achik tentang semua perkara. Rindu nak dengar achik main saksofon (Tak tahu eja). Rindu nak tengok Achik memancing kat kolam sebelah. Sambil-sambil pancing, Achik tanya pasal pelajaran Etty. Etty rindu Achik!! Moga tenang Achik disana.

**Maaf entry sangat-sangat panjang hihihi

No comments :