hit me..

gambar gambar

Saturday, November 23, 2013

Cara Untuk Menukarkan SSID dan Password Maxis Broadband

Bismillah

Dah lama gila aku tak update blog ni.. Bersawang..! Aku kan dah duduk kat rumah sewa. Sekarang guna broadband sendiri so kena jimat-jimat la guna. Nasib baik time tengah update ni aku dekat fakulti so boleh la aku update dan dalam masa yang sama menjimatkan kan penggunaan broadband. Semenjak dua menjak aku duduk rumah sewa ni semua benda berkira.. hahaha...

Tapi kali ni aku nak ajar korang cara nak tukar SSID dan password broadband korang. Tapi kepada pengguna MAXIS sahaja ye, kalau celcom aku tak tahu. Kalau korang tak tahu SSID tu menatang apa, SSID tu dalam kata yang mudah adalah nama broadband korang. Biasanya kalau orang yang baru beli nama broadband diorang akan keluar seperti 2200-Maxis Broadband or something.  Ni cara-cara nak tukar..

1. Pastikan korang sedang connect dengan broadband tu. Pergi ke webpage  http://192.168.1.1/

2- Bila dah keluar perkataan Connected tu, korang klik kat Connection Setting tu. Masukkan username: admin dan password: admin then tekan log in.

3- Bila dah dapat masuk, klik pada WLAN dekat tepi tu dan klik pada WLAN Basic Setting. Akan ada keluar Name(SSID) dan WPA pre-shared key. Tukar la.. Name(SSID) tu nama broadband korang, WPA pre-shared key tu password korang..

4- Klik Apply. Then connect balik pada broadband korang... TADAA!!!

Selamat mencuba!
ps: kalau dah berjaya tu jangan lupa komen! Boleh la tahu entri ni membantu ke tidak! hehehe