hit me..

gambar gambar

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!!!

 Assalamualaikum!

Di sini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua saudara- mara di Terengganu:
~ Maklong, Paklong, Abg din dan Kakma serta keluarga
~ Pakngah Wi, Cekngah Nab dan keluarga,
~ Keluarga Arwah Pak Ali dan Arwah Cikde,
~ Ayah Chik, MakCik Aya, Kak Yah, Kak Tah, Kak Nisah, Abg Chat, Kak Anah, Acah, Pudil, Najihah dan Muslimah serta Keluarga,
~ Pakcik Jo, Teh Yah, Abg Jai, Abg Jang, Kak Sarah, Kak Meny, Abg Mie, Mety dan Sedi serta Keluarga,
~ Pak Ali Dan Mak Za serta Keluarga, 
~ Keluarga Arwah Pak Han
~ Mak Nun, Paksu Mat, Arul, Shu, Diqin, Qina dan Shakirah,
~ Pak Hasin, Makcik Yah, Eiman, Pipah, Aslam dan Aisar,
~ Pak MU Arif, Mak Su, Daus, Tirah dan Alia.

dan Saudara-mara di Negeri Sembilan:
~ Pak Mbong dan Mak Mbong serta keluarga, 
~ Pakngah, Makngah, Abg Eddy, Abg Pet, Alang dan Kak Nurul serta Keluarga, 
~ Paklang dan Maklang serta keluarga, 
~ Mak Teh, Pakteh, Kak Aju, Angah Chong dan Kak Zahira serta keluarga, 
~ Amok, Pak Uda, Kak Dila, Abg Pical serta keluarga, 
~ Pakchik, Makchik Ina, Along, Syapit, Danish dan Darwish.

serta kepada semua guru dan rakan-rakan di 
~ SK. Bukit Tok Beng, 
~ SK. Tanjung Gelam, 
~ SMK Kompleks Gong Badak, 
~ SMK (ELIT) Lembah Bidong, 
~ SMK Sungai Tong 
~ SMK Ibrahim Fikri.


 Tak Lupa juga kepada semua bloggers!

Semoga hari raya ini disambut dengan meriah disamping yang tersayang. Jangan bawa kereta laju-laju. Kang eksiden, beraya di hospital lah anda. Lagi parah, beraya di kubur. Nak??

Kawan aku ada hantar mesej:
"Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa raya esok tidak jadi kerana ibu bulan keguguran

Saturday, August 27, 2011

Biskut Raya -> Cornflakes Coklat

Rajin pulak aku update pasal raya ni ek! Hari ni aku nak ajar korang nak buat biskut Cornflakes Coklat. Aku pon tak  pernah try tapi tetap membanggakan diri nak ajar korang.. Hebat tak?? haha..

Aku baru je buat Cornflakes madu.. Tapi, banyak lagi cornflakes tu.. So, carik la resepi.. Sambil-sambil tu aku update.. Ala, 'drink the water while swim'... hahaha.... Cer tengok..Cer tengok..

*****

Bahan-bahan:

1.Cornflakes
* Tak kire la brand Nestle ke, Kellogs ke.. Yang timbang punye pon ok gak.. Sebab ni bahan penting. Kalau takde, takleh la nak bagi name Cornflakes Coklat kan?

2. Coklat

* Korang tahu ape nie? Kalau tak tahu pergi terjun bangunan sekarang!
* Ni coklat masakan ok. Kalau korang kaya sangat try la coklat Cadbury ke.. hehe..

3. Marjerin


4. Mangkuk kertas
* Saiz tu tak kire la.. Kalau korang nak cepat kenyang and cepat siap letak la dalam mangkuk saiz besar tuh..

5. Colourful chocolate rice.

* Abaikan donut tu. Yang topping die tu penting!

*****

ok.. Bahan-bahan dah settle. Cara-cara pulak!

1. Korang cairkan coklat tu dengan marjerin sampai la pekat.. Kalau boleh sampai coklat tu berkilat.. Boleh?

2. Pastu korang ambik coklat dah cair tu, campurkan dengan Cornflakes. Cornflakes tu korang letak la dalam besen ke, ape-ape bekas yang korang ade. Pastu, gaulkan sampai la kalau boleh semua cornflakes tu bersalut coklat.

3. Ambik sudu kecil, korang cedokkan cornflakes tu ke dalam cawan kertas. Kenapa tak sudu besar? Sebab aku ras kalau sudu besar tu nanti mesti ade yang tertumpah.. So, ambik sikit-sikit. Tak la membazir..

4. Taburkan coklat rice yang warna warni tu..

5. Biarkan adunan kejap. Dalam 5-7 minit. Pastu simpan dalam bekas.. Kalau korang tak puasa, silakan NGAPP!

*****

PERINGATAN

* Satu kotak Cornflakes memerlukan lebih kurang 3 keping coklat masakan yang standart saiz.

* 2 sudu setengah marjerin untuk 3 keping coklat masakan.

* Jangan cairkan coklat dengan marjerin yang terlampau banyak. Nanti Cornflakes tu lemau..


DAH SIAP!!!

Esok aku try.. Korang try la yer! Nanti bagitahu aku camne hasil korang!

GOOD LUCK!

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA!!

 Assalamualaikum!
 
"Aku lihat RAMADHAN dr kejauhan.... lalu ku sapa ia,"Hendak kemana?" Dgn lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh & sangat lama. Tolong sampaikan pesanku utk org bernama MUKMIN". Syawal akan tiba sebentar lagi, ajaklah SABAR utk menemani hari2 dukanya, Peluklah ISTIQOMAH saat dia kelelahan dlm perjalanan TAQWA, Bersandarlah pd TAWADUK. Saat kesombongan menyerang, mintalah nasihat QURAN & SUNAH di setiap mslh yg dihadapi.."
 **********
 
E-kad raya yang aku buat tadi dah siap.. Simple je.. Malas nak buat yang fancy-fancy bagai.. Ni je yang mampu aku buat sebab aku tak reti mane.. Nak suruh aku buat coding boleh la... hehehe... So, inilah dia..

Sekian..

Buat e-Kad Raya

Assalamualaikum!

Sekarang ni aku tengah design e-kad raya.. Saja hilangkan boring.. tadi aku duk sebok carik contoh design..  Pastu buat sketch plak.. Dah macam nak buat program je kan... Nasib baik tak gune teknik SQUIRO.. hehe.. 

Kerja-kerja men-design terpaksa di postpone dulu sebab mak mintak tolong cincang cincau sebab nak buat air soya cincau.. yum yum.... 

Malam nanti aku sambung design balik.. Maybe esok kot aku post kat korang.. Kalau tak cantik tu, jangan mara.. hehe.. Saya budak baru belajar!..ok.. Adios!

Selamat Berbuka!

Thursday, August 25, 2011

TOP 10 LAGU RAYA KEGEMARAN

Assalamualaikum!

Hari ni aku nak citer pasal lagu raya kegemaran aku pulak!! hehe.. Raya kan dah dekat! So, lets begin..... Ni random order yer!!


1. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza



2. Suasana Hari Raya - Anuar dan Elina



3.  Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza



4. Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz



5. Selamat Hari Raya -Fazidah Joned


6.  Selamat Hari Raya - Ahmad Jais



7.  Selamat Hari Raya - Saloma



8. Seloka Hari Raya - Uji Rashid dan Hail Amir



9. Menjelang Hari Raya - DJ Dave


10. Satu Hari di Hari Raya - M. Nasir



Ada lagi yang aku suka, tapi ni la yang terbaek aku rasa... Hey! Call me outdated but i love these old songs.. Siapa setuju angkat tangan!!

ps- Trial dah habis. Cuti dah start. Return to the normal me.. An Owl..
pps- Aku remove lagu buat sementara supaya korang boleh dengar lagu nie.. Enjoy keyh!


SELAMAT HARI RAYA!!!

Tuesday, August 23, 2011

Raya Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum!

Hari tu aku ade citer pasal nostalgia kad raya kan? Hari ni aku nak citer pasal perbezaan antara raya dulu dan sekarang lak.. Ini hanyalah dari sudut pandangan aku je... Kalau dalam exam, kalau soalan perbezaan kene ade kotak.. Tapi, disebabkan aku tak jumpe mane nak buat kotak, Meh aku citer je.. Cer citer.. Cer citer...

1. Pengumuman Raya


Kalau dulu, kitorang semangat tunggu depan tv nak tengok pengumuman raya punya pasal!  Punya la semangat kitorng, siap bawak makanan lagi duk depan tv.. Dah ala-ala tengok wayang makan popcorn je.. Mak aku penah cite dulu-dulu time raya kat Negeri Sembilan.. Semangat sedara-sedara ni tengah perah santan nak buat lemang ngan rendang punya pasal.. Alih-alih raya lusa.. Mak sedara aku terus berhenti.. Sambung esok katenye.. hahaha.. Kesian...

TAPI, sekarang ni cam dah kompem je hari raya tu kan.. Teknologi dan maju la katakan.. Teropong tahun lepas dah tahu tarikh raya tahun nie.. Aku rase tu la kelemahan raya kot.. ekekekeke....


2. Pasang pelita.

Dulu time kitorang adik beradik kecik-kecik, semangat pasang pelita kat rumah.. Walau kat kampung pun, semangat ajak abah pegi kedai beli pelita ngan minyak tanah.. Pasang sampai keliling rumah kau.. dah tak payah guna lampu.. haha.. Aku pon ala-ala berani je nak kuar sengsorang.. Ala-ala je okeh.. 

TAPI, sekarang ni gune lampu pagar je.. Tak pun, lampu tepi jalan tu da terang.. Tak gune nak bazir duit beli minyak tanah kan? Abang-abang aku pon dah taknak layan aku. kalau aku ajak dorang pasang pelita.. mula-mula semangat.. Alih-alih elok je dorang tinggal aku sorang-sorang kat luar.. Tengok tv lagi best dorang cakap.. HAMPEH...

3. Baju Raya.

Dulu semangat family kitorang pegi shopping baju raya.. Beli yang mahal-mahal pulak tu.. Aku ingat lagi Pernah sekali beli baju raya aku harga 120 hinggit hanya lah untuk satu tshirt, satu seluar jeans, stokin da  kasut.. Dulu aku ala lelaki sikit.. So, banyak pakai tshirt berbanding dengan baju kurung.. Baju kurung pakai hari pertame je.. ekekeke...

TAPI, sekarang nie banyak pakai baju kurung.. Ye la, dah besar kan.. Kain pon aku tak kesah jenama apa.. Mawi World ke, Datuk K ke, Rosalinda ke.. Tak kisah.. Yang aku pelik apsal ade kain nama Rosalinda ek? Rosalinda ayamor tu pakai baju kurung ke?? Datuk K dengan Mawi  tu camne plak?? hehe.. 


4. Kad Raya VS SMS.

Ni part yang aku suka.. Dulu, bukan main semangat kirim dekat Si Angah suruh die belikan kad raya.. Tak pon kami adik beradik ramai-ramai pakat buat kad raya sama-sama.. Tukang lukis, Si Along sebab lukisan die cantik.. *Along, aku puji kau ok! Duit raya lebih!* Tukang Tulis, Puan Emak sebab tulisan dia memang superb! *Boleh mintak duit raya bonus tak ni?* Tukang kaler lukisan, Si Angah sebab dia memang pandia bab-bab nie.. Aku? Tukang tempek setem je.. walalalalala......


Sekarang? Muka pakcik posmen tu pon aku malas nak tengok.. Apa tah lagi nak pergi pejabat pos beli setem.. Gune SMS kan senang.. 1 sen je jalan.. Jimat.. ahahaha... Tapi aku masih lagi nak anta kad raya... Tapi malas... Banyak pulak tapi...

Tu je la kot.. Aku tulis dari pandangan dan pengalaman aku.. Korang punya perbezaan camne lak? Comment la yer!

Wednesday, August 17, 2011

KAD RAYA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

cheewwaaahhh.. Intro dah mcm pengacara TV je kan?? Haha... Ok.. Hari ni Aku nak cakap sikit pasal kad raya.. Korang ingat tak zaman dulu-dulu kad raya nie memang famous time nak raya.. Ye la, dulu mane ade henset canggih-canggih cam sekarang punyer nie kan.. Henset pon bapak punya besar.. Aku ingat dulu time aku dalam darjah 1, henset abah aku punye la besar! Kalau baling kat hanjing konfem pecah kepala dia tuh.. Tapi, kita punya hidung sampai ke langit punya bangga kan! hahaha.. NOSTALGIA...

Berbalik kepada tajuk *Bak kata cikgu physics aku* dulu-dulu punya kad raya memang konfem panjang la ucapan kan.. Contoh:

*Assalamualaikum! Sihat tak? Puasa tak?
*Baju raya berapa pasang?
*Kuih raya banyak tak? Sedap tak? Beli ke buat sendiri?
*Main bunga api tak? Kalau main tu ingat-ingat la kita ok!
*Jangan main mercun tau! Nanti putus tangan kan susah!
*Kirim salam dekat family ye!
*Nanti datang la raya kat rumah kita ok!

p/s- Pecah kaca pecah gelas,
       Lepas baca harap balas!

*****

Ok! Kau bayangkan semua tu di tulis dalam satu kad je! Bayangkan! Betapa rajin nya kita menulis.. Dan yang penting! Mesti berakhir dengan pantun dua rangkap. Pergghhh... Memang mampat dan penuh dengan soalan and nasihat la kan?

Dan cuba korang tengok kad raya sekarang punya.. Punya la simple hasil karya korang kan.. Contoh:

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.

Ikhlas dari:
--> BudakKacaMataBingkaiTebal

***

Takpun cuma ada tanda tangan je kan.. Tu bagi aku memang bapak malas lah tu.. Dan menyenangkan.. lalalala~~ Itu menunjukkan betapa banyak nya kita berubah.. Mostly, berubah kepada semakin malas.. Dan atas alasan Sibuk kerja.. kan??? Jangan nak tipu!! haha..



*Bapak aku selalu cakap "Tu semua nostalgia tu..." dan memang betul pon kan!

Saturday, August 13, 2011

Blog Yang Saya Suka!

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku sememangnyer dah takde idea nak tulis ape.. So, hari ni aku terfikir why not aku buat entry tentang blog yang aku follow dan aku suke! kan!! Bukan ikut turutan yer!! Lets begin....

1. A DAY In MY LIFE

Kenapa aku suke?? Aku sememangnyer suke bace entry yang lawak.. dan entry akak NINI D ni memang lawak.. penulisan die pon lawak... dan ORANG NYER PON LAWA... lalalala~~



2. roq's blog

Aku suke blog nie sebab lukisan yang cute.. Yes! Roq nie memang pandai lukis.. Ni salah satu lukisan die.. Sorry roq! Pinjam jap!


3. Faiz Farish 

Blog nie.. hurm.... Sememangnyer suke masok bakul angkat sendiri.. Mostly, die punyer entry berkaitan dengan duit.. Tapi, entry die agak lawak la... Agak la.. Hurm..... hurm....


4. aesya zealous

Yang nie.. Although aku tataw nak sebut camne.. Aesya ZELES ke?? Aeysa ZEULUS ke?? okeh.. tapi die punyer entry memang MANTOP!! Doodles die pon cute.. lalala... GUNE PAINT JE HOKEH!!!


5. Mummy_Ayu

Mostly entry Mummy Ayu nie berkaitan dengan anak die iaitu SI HENSEM, IAN and THE BAM_BAM  PRINCESS, IRIS...  Seyes r.. Anak-anak die memang cute..... Tak caye?? Ni aku cilok dr blog die.. MUMMY AYU SAYA PINJAM GAMBAR YE!!!
Amacam?? cute kan???


6. FATIN LIYANA
Yang ni memang SUPERB!!!! Bakal dokter yang COMEL LAGI LAWA.. suke benda-benda yang cute seperti orangnyer... TATAW NAK CAKAP CAMNE TAPI SAYA SUKA BELOG INI!!!

7. Meriahuoll
Si Senduk ni memaki aje keje nyer.... lalalala~~ Tapi, lawak! Sometimes, ape yang die tulis tu memang betul! Memang aku pernah terfikir jgak dengan ape yang die tulis.. Walaupun memaki kan..... lalalala~~

8. Realiti Konspirasi
 Oleh kerana header blog beliau tak dapat, aku curik gambar tuannya... "Sori bro guwa curik gamba lu!" Dalam blog nie, maki memaki perkara biasa.. Penulisan yang santai... Dan lawak...

9. Whateverlife!
Sekali lagi, aku curik! lalala... hehe.. Yang ni dh jadi dokter pon.. Hobi sampingan, Modelling.. Tapi sekarang ie, sibuk kate nyer.. On-call la.. Walaupun aku sendirik pon tataw apekah menatang on-call tu.. Mahaplerr.. Kerjaya dokter terpakse aku lupakan selepas fail biologi form 4.. lalala...

10. Baby & Me
Yang ni takde gambar terus sebab aku tak jumpe + dah malas dah.. hehe... Kenapa aku suke? Sebab belog akak Nia ni ber-informasi.. Next= aku dah malas nak tulis laa..... Bace sendiri la...

Mood- Malas sebab esok exam Physics Paper1. Bapak malas..

Saturday, August 6, 2011

Kek Batik

Assalamualaikum!

Hari ini dengan mood rajin nyer aku buat kek batik.. Puncanya, sebab aku terliur tengok Mummy Ayu buat ari tu.. Tapi tak berkesempatan lagi... So, hari ni suh mak beli biskut marie lepas kelas... Resepi pon cilok dr Mummy Ayu.. Lalalala~~~


Meh kite tengok resepinya yang BAPAK SIMPLE! CheckItOut Yo!!

400 gm biskut marie dipatah2 kan
250 gm mentega
230 gm susu krimer manis
200 gm air
140 gm gula kastor
50 gm koko
50 gm milo
2 biji telur ~ dipukul
1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara nya..
1. Cairkan mentega dalam periuk. Tuangkan air & kacau.
2. Masukkan milo, koko, susu, gula & esen vanilla. Kacau hingga rata.
Pas tu masukkan telur pulak.
3. Bila bancuhan dan pekat, masukkan biskut. Kacau hingga sebati. Tutup api.
4. Pas tu leh la masukkan dalam bekas. Ratakan. Tekan2 hingga padat dalam bekas tu.
Bila dah sejuk sikit. Masukkan dalam peti sejuk...
5. Bila nak makan, keluarkan.. Potong-potong dan hidangkan.... SIAP!!!
See! Told Ya! Simple Kan! Aku punyer belom siap lagi.. Masih lam peti sejuk lagi... Nanti nak bukak posa baru aku keluarkan...

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, August 1, 2011

SALAM RAMADHAN!

Assalamualaikum!! 



Dengan ini, saya NURUL IZZATY BINTI SELAMAT ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA!! 



Kalau boleh, mari kita bersama-sama
* tinggalkan perangai lama yang agak tootttt.... (korang tau-tau je laa)
* menjalani ibadah puasa dengan sempurna
* ke masjid untuk solat berjemaah (kalau boleh semua waktu)
* bersedekah
* mengaji hari- hari sampai khatam... (ke khatan ek?? konpius ni!)
* buat semua benda yang baik-baik..

TAPI, jangan pulak kite buat
* saja-saja tak ingat puasa dengan minom air atau korek idong
* buat-buat gile sebab malas nak puasa
* menjadikan puasa sebagai alasan taknak buat keje berat
* curik-curik bukak periuk time orang takde
* lain-lain yang korang fikirkan..... =)

Oleh itu, Semoga ibadah puasa korang mendapat keberkatan ILAHI...

. . . ★
 ''''人
'(____)
. ┃口┃
. ┃口┃
. ┃口┃           ★
. ┃口┃     ''''人
. ┃口┃   '''''(_____)     . 人    
. ┃口┃  '''(__________)   '(____)   人
. ┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_口|______​三
. ┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |三||╭╮╭╮ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |
. ┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |三||┃┃┃┃ |

Marhaban Ya Ramadhan 1432 H
━━━( MARHABAN YAA RAMADHAN )━━━━
MOHON MAAF LAHIR BATIN ya teman Semua :)
 
Marilah kita bersama-sama menjadikan bulan ini sebagai PESTA IBADAH!