hit me..

gambar gambar

Thursday, September 11, 2014

Photoshop Pop Art

Bismillah

Ini adalah entry terakhir aku dari Terengganu sebelum pulang ke Sarawak esok. =(  Malam ni aku nak cakap tentang ilmu baru yang aku belajar. Maybe bagi orang lain benda ni dah lam tapi biasa la mesti lambat sampai kat aku. hahaha

Aku belajar buat Pop Art dengan Photoshop. Guru aku seperti biasa la, En Youtube. Dan hasilnya, takda la cantik sangat tapi boleh la bagi beginner macam aku ni.. kot... hihihi





 OK la kan..?!


Monday, September 8, 2014

Kehilangan Bapa Saudara, Bukhari bin Mahmud.

Bismillah

**Entry yang sangat panjang!

Dah lama gila tak update blog ni. Nak kata sibuk tu memang pentipu! Nampak sangat dia punya menipu sampai jadi pentipu kau! Ni nak update pasal kami balik kampung minggu lepas.

Pada hari selasa kami menerima berita bahawa bapa saudara aku yakni adik bongsu kepada abah aku sudah semakin tenat.. Lepas abah balik dari kerja, dia suruh kitorang siap-siap kemas. Get ready kata orang puteh! Ready for the worst. Bapa saudara aku yang kami panggil Achik tu sebenarnya sakit kanser tp aku tak pasti pulak kanser apa. Kanser dia dah mula merebak ke tempat lain. Tu yang memburukkan keadaan lagi.

Abah cakap kita tunggu malam ni macam mana cerita dia. Then bila dah malam, makcik aku cakap keadaan dia still sama, masih tenat. So, abah decide pagi esok kami balik. Mak abah terpaksa ambik cuti. Takpa la, demi adik kan.. Kami balik pagi, sampai sana petang. Sampai je terus pergi hospital dan kebetulan pulak, masa melawat. Terus kami masuk tengok dia. Menangis aku tengok keadaan dia. Dengan wayar semua berselirat bagai. Dia masa tu macam sedar tak sedar. Anak dia, Apit bagitahu dia kami datang, dia macam sedar, bukak mata tapi macam blank. tu pon kena bisik dekat-dekat dengan telinga dia.

Nak dijadikan cerita pulak, anak sulung dia kami panggil Along Ean kena masuk ICU di hospital yang sama sebab denggi. So, aku dengan family ni bergilir-gilir kejap tengok achik, kejap pergi kat Along Ean. Kami duduk sana sampai la habis waktu melawat. Then kami balik rumah Amok (makcik). Dah reda semua then sebelum kami nak tidur (dalam pukul 11 macam tu) terima panggilan dari isteri arwah suruh bawak anak-anak arwah ke hospital segera. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Kami pon segera ke hospital. Call semua adik beradik abah cakap la Achik dah tenat sangat, suruh sedekah doa dan bacaan yasiin. Sampai kat hospital tengok Achik, aku dah menangis. Tak tahan tengok dia. Then isteri Achik suruh aku pergi tengok Along Ean kot-kot boleh keluar kejap tengok ayah dia.

Aku pergi pulak ke wad Along Ean dengan Amok. Tanya nurse, nurse cakap tak boleh sebab Along pon berselirat dengan wayar semua. Kembali ke wad Achik. Makin lama, makin ramai saudara sampai. Tapi takda la sampai penuh wad tu. Aku ajak si Danish dengan Darwish keluar main kat luar wad. Tak nak la sesak kat dalam. Kami duduk kat sana sampai almost pukul 4 pagi then mak ajak balik sebab si Darwish pon dah tido dah.  Tinggallah Abah aku, Makteh, isteri Achik dan sepupu aku tak silap.

Sampai rumah amok dalam pukul 4 lebih, kemas-kemas tempat tidur then terus tidur. Pukul 6 lebih mak kejut cakap Achik dah pergi meninggalkan kami pukul 4.55 pagi. Aku bukak Whatsapp tengok ayah aku yang bagitahu semua. Jenazah akan dibawa balik dalam pukul 7.30 pagi. Aku terus bangun dan tolong mak aku dan amok siap-siapkan barang-barang. Pergi kerumah arwah dibelakang rumah amok, kemas semua. Sapu lantai, bentangkan tikar, letak tilam. 

Pukul 7 lebih jenazah sampai. Aku terus pergi mandi. Aku duduk je kat dalam rumah amok bila diorang mandikan jenazah. Then siap semua, jenazah dibawa ke masjid kg. Talang untuk disembahyangkan. Aku tak ke masjid tapi aku terus ke tanah perkuburan. Tunggu disitu. Kawasan tanah perkuburan tu dipinggir bukit. Kami terpaksa panjat bukit yang curam. Disitulah tempat persemadian arwah nenek dan atok aku kalau aku tak silap. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Bermula dari jenazah dibawa balik sehinggalah jenazah disemadikan. Alhamdulillah. 

Selamat tinggal Achik. Semoga roh Achik tenang di sana. Etty rindu nak rebut remote tv dengan Achik sebab Etty nak tengok English movie tapi Achik pula nak tengok Hindustan. Rindu nak berdebat dengan Achik tentang semua perkara. Rindu nak dengar achik main saksofon (Tak tahu eja). Rindu nak tengok Achik memancing kat kolam sebelah. Sambil-sambil pancing, Achik tanya pasal pelajaran Etty. Etty rindu Achik!! Moga tenang Achik disana.

**Maaf entry sangat-sangat panjang hihihi

Friday, August 1, 2014

Cerita Raya 2014

Bismillah

Tahun ni giliran beraya di Pilah. Tahun ni hanya kami bertiga. Along dan angah beraya di rumah mertua masing-masing. Haaa... Nanti aku kahwin?? Tinggal mak abah ke? Teettt**********

Tema tahun ni warna Oren Susu. Pilih tema pon bila sampai dekat Kamdar. Pening kepala akak tu tengok anak beranak ni dok bising nak warna apa. Hihi... Meh aku cerita sambil korang tengok gambar..

Rasya di malam raya. Angah singgah kejap berbuka puasa. Dia pon sibuk nak mengemas. 

My sepupu yang sebaya tapi dah lama gila tak jumpa. Selamat bergelar tunang orang ye Apit!

Inilah yang tinggal. Dad, Mum and me =D

Rasya tengok fish. Bila kita sebut "fish" dia keluar bunyik "sh" je. Alahai cucu atok!

Family ku. Tak lengkap lagi ni. Family Along takda..

Family Angah. Puas la kitorang nak agah si Rasya. Orang lain jugak dia pandang. 

Ni baru gambar dalam kamera DSLR. Tak masuk yang selfie dalam phone ni lagi.. Nanti update part 2 orang putih kate!

Saturday, July 26, 2014

Selamat Hari Raya!!!


Sunday, July 13, 2014

Menderma Tabung Aman Palestin Melalui SMS

Bismillah

Ada segelintir umat manusia yang ingin menderma untuk Tabung Aman Palestin tapi tidak berkesempatan. Ada yang takda online banking account la. So, nak pergi ke ATM untuk transfer duit tu susah dan mengambil masa. Tetapi, tahukah anda bahawa anda juga boleh menderma melalui SMS?? Haaa... Tak susah dah la kan! Taip taip je tekan send, dah boleh menderma...

Daripada habiskan kredit untuk balas SMS pakwa, adalah baiknya jika korang derma pada Tabung Aman Palestin ni.. Nanti pakwa call tanya kenapa tak balas SMS, cakap lah "Kredit I habis la I derma dekat Tabung Aman Palestin". Sejuk hati pakwa dengar.. Tup-tup, pakwa pon nak derma jugak! Kan boleh tersebar tu... =D

Ni cara-cara nak derma kepada Tabung Aman Palestin melalui SMS.

1. Taip PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (10 / 5 / 3 / 1 itu adalah jumlah yang ingin didermakan)
2. Hantarkan kepada 39111

Then anda akan dapat SMS mengatakan anda sudah menderma.

Selamat menderma dan selamat beramal! 

#PRAY4GAZA #SAVEPALESTIN

Saturday, June 7, 2014

Air Asia Promotion: Free Seat !!!!

Bismillah

Yohoooo.... Ade sesiapa nak pergi travel?? Ni Air Asia ada buat promotion ni.. Free seats!!! Tapi promotion ni hanya sampai 8 Jun. Cepat klik gambar ni!!! Go bebeh go!!!


gambar

Friday, April 25, 2014

Konsert Amal Dynamite of Islamic Art Night 2014

Bismillah

Kalau konsert DIAN2013 ada penyanyi jemputan Fitri Haris dan Muadz Dzulkifli, tahun ni punya konsert DIAN pulak ada jemput Imam Muda Najdi dan MR. Bie. Kepada yang tak tahu MR.Bie tu siapa (termasuklah aku) MR.Bie ini adalah seorang penyanyi lagu parodi islamik. Baru malam tadi aku dengar lagu dia bak kata orang, first time la.. Sedap jugak suara dia. Both Imam Muda Najdi dan MR.Bie pandai ambil hati penonton.. Pandai lak gurau-gurau.. hehe. Ok, Photo session!!!

*Gambar mengikut turutan program*











Tuesday, April 8, 2014

How to Make Curve Line Using Photoshop

Bismillah

Ok, lets learn how to make the curve line using Photoshop. No more going back and forth between Photoshop and Paint *Like I do.. =D*

1. Open your Photoshop application. Mine was Photoshop CS5. But I think they are all same, I guess... Then, click on the line button. Just do the same when you did your straight line. Adjust your color, thickness, etc..


2. Click Edit button and look for the 'Free Transform Path' button. Or you can just simply press 'Ctrl + T' for shortcut.

3. Click the 'Warp' button. (inside the circle)

4. Adjust the curve according to the line.

5. Click on the 'Commit Transform' button. (inside the circle)

And you are done!

If you have enough patience, you can create something awesome like this! =D


GOOD LUCK !!!

Thursday, April 3, 2014

How to Check Maxis Broadband Data Usage

Bismillah

I already teach you how to change your broadband SSID and password. Now, lets learn how to check you maxis broadband data usage.

1. Go to this link. It will bring you to this page.

2. If you are the first time user, click the 'First Time User' and you will see this.

     Fill in the form. If you not sure what is your SIM Number, this is the example.


3. After all the registration done, it will bring you to this page. You can check your invoice, check payment, manage package and check data usage. Oh, you can see your Account number too.


4. Click here (1) and here (2) to see you data usage.


That's all! Now you can manage you quota every month!

Good Luck!

Friday, March 14, 2014

Hashtag PRAY4MH370

BISMILLAH

Pasti dah ramai yang dah post pasal kes ni kan. Aku dapat tahu pasal ni pon lambat sikit. Sebab kena limitkan penggunaan internet sebab nak jaga kuota kan.. Hihi. Kesian!

Aku tak ada saudara mara sebagai penumpang didalam pesawat tersebut namun aku tetap berasa sedih. Sedih akan kehilangan pesawat tersebut, sedih atas kehilangan penumpang-penumpangnya, sedih akan spekulasi mengarut yang dikeluarkan oleh rakyat, juga sedih akan pakcik yang telah menjatuhkan maruah negara.



Makcik dan pakcik aku telah menaiki pesawat tersebut ke Beijing seminggu sebelum berita kehilangan pesawat ini. Aku gembira bukan pakcik dan makcik aku yang kena namun aku tetap sedih. Kalau pakcik makcik aku dalam tu confirm lah aku meraung nak balik semenanjung sampai pesawat dijumpa!



Pelbagai spekulasi yang timbul.. Pelbagai tomahan yang ada.. Ada yang mendoakan keselamatan dan ada juga yang mengambil kesempatan.. Sedih! Ada yang kata pesawat tersebut di-'hijack', ada yang kata 'crash', ada yang kata masuk dalam Bermuda Triangle dan ada juga yang kata disorok jin. Mengarut.. 



Whatever yang terjadi sebenarnya, itu kita serahkan kepada pasukan yang mencari dan juga serahkan kepada Tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai rakyat harus mendoakan keselamatan semua bukannya sebarkan berita yang mengarut. Biarkan orang lain tetapi bukan kita.!



Kepada saudara mara penumpang, saya ucapkan takziah. Walaupun belum jumpa tidak semestinya kita harus putus harapan, ye dak?? Tabahkan diri, kuatkan semangat. Bersedialah untuk menerima berita sebenarnya baik berita gembira mahupun sedih. Tabahkan diri!!



Aku mendoakan berita gembira, aku juga mendoakan keselamatan pasukan yang mencari. Terima kasih kepada semua negara yang melibatka diri. Terima kasih!

#PRAY4MH370 Please come home! Please be save!

Yang benar,
Etty Selamat.

Sunday, February 23, 2014

New Year, New Semester, New Timetable

Bismillah

Alhamdulillah, dah hampir seminggu aku sampai Kuching. Bermakna dah seminggu semester baru bermula. Sem ni aku ambik 6 subjek. Tu pon patutnya nak ambik 7 subjek tapi ada satu subjek tak di-offer sem ni. Dem... hihi


Buat masa ni timetable aku tak padat lagi. Tunggu la nanti ada lab and tutorial bagai.. InsyaAllah padat hihi.. Masalah nya sekarang, bila duit ptptn nak masuk eh??

Thursday, February 13, 2014

Makeup TIps : Don't!

Bismillah

I watched this awesome video and found it so helpful. Check this out!


Friday, February 7, 2014

Wedding Along

Bismillah

Sorry lah dah lama tak update sebab sibuk dengan persiapan along aku kahwin. Aku balik semenanjung 18 januari hari tu. Pastu, along aku akad nikah 18 januari. Nasib baik baju mak dah siap jahit semua. Terima kasih mak! I love you! hihihi.. 

Akad Nikah

Pak imam tu kata jadual free pukul 10.30 pg je. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kemaman tu dalam lebih kurang 3 jam. So kena bertolak dalam pukul 7 pagi. Tu tak termasuk berkumpul sanak saudara lagi sebab nak konvoi kan. Tengok-tengok, pukul 8 lebih kami bertolak.. So abah pon apa lagi la kan, terus pecut! hahaha.. Tup-tup pukul 9.45 dah sampai!  Awal sangat kau!  

Ok, ni aku mengaku jelas-jelas *well, tolong mengaku untuk along*  Along memang gagap sikit sebab dia cakap laju, so takkan nak akad nikah cakap laju 250km/h kan.. hihi.. So, aku ingat kena dua tiga kali gak akad nikah, rupa-rupanya sekali je! One shot kau! hahaha 

Nah gambar dan oleh itu aku perkenalkan kakak ipar aku yang baru, Rosmiati or just Mia je! hee...














Nanti entry seterusnya aku cerita pasal majlis kat rumah aku lak eh! Bai!