hit me..

gambar gambar

Friday, March 14, 2014

Hashtag PRAY4MH370

BISMILLAH

Pasti dah ramai yang dah post pasal kes ni kan. Aku dapat tahu pasal ni pon lambat sikit. Sebab kena limitkan penggunaan internet sebab nak jaga kuota kan.. Hihi. Kesian!

Aku tak ada saudara mara sebagai penumpang didalam pesawat tersebut namun aku tetap berasa sedih. Sedih akan kehilangan pesawat tersebut, sedih atas kehilangan penumpang-penumpangnya, sedih akan spekulasi mengarut yang dikeluarkan oleh rakyat, juga sedih akan pakcik yang telah menjatuhkan maruah negara.



Makcik dan pakcik aku telah menaiki pesawat tersebut ke Beijing seminggu sebelum berita kehilangan pesawat ini. Aku gembira bukan pakcik dan makcik aku yang kena namun aku tetap sedih. Kalau pakcik makcik aku dalam tu confirm lah aku meraung nak balik semenanjung sampai pesawat dijumpa!



Pelbagai spekulasi yang timbul.. Pelbagai tomahan yang ada.. Ada yang mendoakan keselamatan dan ada juga yang mengambil kesempatan.. Sedih! Ada yang kata pesawat tersebut di-'hijack', ada yang kata 'crash', ada yang kata masuk dalam Bermuda Triangle dan ada juga yang kata disorok jin. Mengarut.. 



Whatever yang terjadi sebenarnya, itu kita serahkan kepada pasukan yang mencari dan juga serahkan kepada Tuhan yang Maha Esa. Kita sebagai rakyat harus mendoakan keselamatan semua bukannya sebarkan berita yang mengarut. Biarkan orang lain tetapi bukan kita.!



Kepada saudara mara penumpang, saya ucapkan takziah. Walaupun belum jumpa tidak semestinya kita harus putus harapan, ye dak?? Tabahkan diri, kuatkan semangat. Bersedialah untuk menerima berita sebenarnya baik berita gembira mahupun sedih. Tabahkan diri!!



Aku mendoakan berita gembira, aku juga mendoakan keselamatan pasukan yang mencari. Terima kasih kepada semua negara yang melibatka diri. Terima kasih!

#PRAY4MH370 Please come home! Please be save!

Yang benar,
Etty Selamat.