hit me..

gambar gambar

Thursday, March 22, 2012

Kisah Tembikai

Bismillah







Sunday, March 18, 2012

Ular Mengandung???

Bismillah

Ni aku baru dapat satu video tentang ular mengandung mati dilanggar. Habis bersepah anak-anak  dia. Tapi yang aku heran, ular bukan ke bertelur?? Tapi kenapa ular ni macam jenis beranak je??? Nak kata bertelur, anak-anak dia semua macam bersar panjang dah je... Keajaiban TUHAN!





*IKLAN*

Sesiapa yang berminat ke University Teknology Lagenda (Linton College University) bolehlah menghubungi Pn. Siti Hajar (            019 6054203      ). Sila mentionkan nama saya *ETTY SELAMAT* untuk layanan lebih cepat ok!!

Speed Painting

[Photoshop]



[Watercolor]


[Ketchup and French Fries]

Saturday, March 17, 2012

50 Universiti Terbaik Malaysia

Bismillah

Kepada adik-adik lepasan SPM dan kawan-kawan lepasan STPM, ni aku sediakan senarai universiti terbaik di Malaysia. Mana pilihan korang??

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM) (Rank dunia: 428)
  2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Rank dunia: 437)
  3. Universiti Sains Malaysia (USM) (Rank dunia: 464)
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (Rank dunia: 523)
  5. Universiti Malaya (UM) (Rank dunia: 596)
  6. Universiti Teknologi MARA (UiTM) (Rank dunia: 626)
  7. Multimedia University (MMU) (Rank dunia: 891)
  8. Universiti Malaysia Sabah (Rank dunia: 1222)
  9. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (Rank dunia: 1341)
  10. International Islamic University of Malaysia (UIA) (Rank dunia: 1411)
  11. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  12. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Tunku Abdul Rahman
  15. Universiti Malaysia Terengganu
  16. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  17. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  20. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  21. Open University Malaysia
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  23. International Medical University
  24. Taylor’s University College
  25. Tunku Abdul Rahman College
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  27. University of Nottingam Malaysia
  28. UCSI University
  29. Monash University Malaysia
  30. Malaysia Theological Seminary
  31. Universiti Kuala Lumpur
  32. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  33. Universiti Industri Selangor
  34. Selangor International Islamic University College
  35. Al Madinah International University
  36. Wawasan Open University
  37. University Tun Abdul Razak
  38. KDU College
  39. Universiti Malaysia Kelantan
  40. Asia Pasific Institute of Information Technology
  41. Help University College
  42. Sunway University College
  43. INSANIAH University College
  44. Universiti Sultan Zainal Abidin
  45. Segi College
  46. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  47. Majlis Peperiksaan Malaysia
  48. Malaysian Institute of Management
  49. Limkokwing University of Creative Technology
  50. Disted-Stamford College
*IKLAN*

Sesiapa yang berminat ke University Teknology Lagenda (Linton College University) bolehlah menghubungi Pn. Siti Hajar (019 6054203). Sila mentionkan nama saya *ETTY SELAMAT* untuk layanan lebih cepat ok!!

Monday, March 12, 2012

Perkahwinan

Bismillah

Niat aku nak update blog dua tiga hari lepas selalu terbantut disebabkan mak aku ajak pergi rumah sepupuku. Sepupuku yang 3 hari muda dari aku dah selamat jadi isteri orang hari Jumaat lepas (9-3-2012).  Si kakak  nya pulak dah selamat jadi isteri orang pada 17-2-2012 hari tu. 

Yang ni si kakak

 Yang ni pulak si adik

Haiyyooo!! Aku bila pulak??? 'Dia' tanya aku "kita bila pulak?"  Aku jawab "Kalau awak nak kita kena kejar dengan parang oleh mak abah saya sila lah masok meminang!" hahahahaha... Sebab mak aku dah warning "Selagi kau ta genggam ijazah and takde kerja tetap jangan harap mak nak bagi kau kawin!!" Ambik  kau!

Friday, March 9, 2012

KONY 2012

Bismillah

Hi guys! I just want you guys to spend less than 30 minutes to watch this video. This is a worldwide campaign video to help our friends in Uganda South Africa. The children there had been kidnapped by a group of army that was lead by JOSEPH KONY, the number 1 criminal in the world. The children have been forced to kill people and their family.



Help the children! Spread this message! Stop Kony! Make this campaign as the highest trend by write #KONY2012.

May God be with these children!


SPREAD THIS CAMPAIGN!

Tuesday, March 6, 2012

Sudah Terasa Debarannya

Bismillah

Sekarang ni aku dengan kawan-kawan sudah terasa debarannya. Aku dah tak lalu nak makan walaupun petang tadi dah melantak sepuas hati kat kafe. kihkihkih. Nak tidur pon tak lena. Mandi tu kompem-kompem basah. Jangan nak tipu cakap korang pernah mandi tak basah. Mandi dengan pasir ke ape?


Persoalannya, mengapakah kejadian sebegini berlaku? Jawapan yang pasti ialah esok adalah hari penentuannya. Wahai kawan-kawanku, KEPUTUSAN STPM KELUAR ESOK!!!!! Jangan buat-buat terkejut yer! Lagi-lagi calon STPM 2011. Takkan kau tak tahu result keluar esok!

Oleh itu, aku nak mintak tolong kat korang wahai rakan-rakan bloggerku supaya doakan aku mendapat kejayaan yang cemerlang esok ye! Doa korang amat aku hargai.

Ya Tuhan, Kau beilah kami keputusan yang terbaik dan cemerlang dalam STPM. Sesungguhnya Engkau Maha pemurah, setidak-tidaknya Kau berikanlah kami lulus Ya Tuhan dan janganlah Kau berikan kami kegagalan. Amin... 

Saturday, March 3, 2012

Segera

Bismillah..

Maafkan aku sebab lama tidak update. Sebab kesibukan yang melanda. Walaupun aku kerja waktu siang sahaja , tapi malam pon aku sibuk jugak. Sibuk dengan tidur! kehkehkeh.. Mengumpul tenaga untuk kerja esok hari pulak.

Ni pon baru balik dari rumah orang kahwin. Aku ngan abah aku dapat job ambik gambar orang kahwin. Lepas nie kompem lagi sibuk dengan acara meng-edit gambar pulak.. Lepas tu kena design storyboard pulak. Then. kena hantar cuci gambar and storyboard. Tapi tu kerja abah aku. Kerja aku setakat edit je.. hehehe. Lastly, susun gambar dalam album.. 100 keping wooo.... Juling mata aku nak pilih 100 keping gambar terbaik. Nanti aku upload kat sini yer!