hit me..

gambar gambar

Monday, September 17, 2012

Kehidupan Di Universiti: Assignment!!!!!!!!!!

Bismillah

Setakat 15 hari aku bergelar sebagai pelajar Unimas ni, kehidupan aku bertambah baik la... Mula-mula dulu memang tunggang langgang sikit. Ye la, kalau kat semenanjung bangun sembahyang subuh pukul 7.00 pon ok lagi tapi kat sini pukul 6 dan terang woo!!! Masa MAP hari tu, mula-mula memang bangun awal. Pukul 5 dah siap mandi dah. Hari kedua, pukul 5 baru nak mandi. Hari ketiga dan seterusnya, pukul 5 baru bangun! hahahaha... Anak sapa la ni??

*Anak incik Selamat! wink wink!*

Bab kuliah pulak, memang ok la sebab geng sebilik aku memang ambik subjek yang sama dengan aku. So, kitorang daftar kuliah sama-sama la, boleh pergi sama-sama...hehehehe.. Tapi ada satu kelas ni aku tak sama dengan diorang. Kelas English In Media. Sebab kalau pelajar yang dapat MUET band 3 kebawah kena ambik kelas English Prepatory 2 dulu. Dah lulus tu baru boleh ambik kelas English lain. Aku dapat band 4 so terus ambik kelas English lain la.. Tapi, rasa macam nak drop je. Sebab :

1- Kelas tu aku tak ada geng! Macam tak best je!
2- Kelas tu banyak berkenaan penulisan dalam English. Aku mana minat nak tulis esei nie!
3- Aku ambik kelas tu sebab kelas English lain dah penuh. So, macam terpaksa ambik je!

Apa yang patot aku buat???

Tentang assignment pulak, so far baru satu je dapat. Subjek System Analysis and Design..


Major Subsystem?? Amende tu?? Amende tu??? #homaigod !!!!!

Tu je la kot yang aku boleh update sekarang..

*ps: Semalam kitorang pergi ronda Kuching. Sampai malam.. Nanti update!

Sunday, September 9, 2012

Bermulalah Kisah Seorang Pelajar Unimas

Bismillah

Alhamdulillah, kini aku telah sah bergelar sebagai pelajar Unimas. Jumaat lepas bermulalah kisah perjalanan aku untuk menjadi pelajar Unimas ni iaitu bermula di airport.. hehehe...
Mr. Along yang sedia bangun awal untuk hantar adik kesayangan beliau.. hehehe.. Ambik gambar dulu!!

 View from my seat.. Cantiknya ciptaan Tuhan!

 Kitorang duduk dekat Harbour View Hotel. Depan dengan bangunan ni!

Minggu Aluan pelajar sudah bermula!! Bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR) Putra.

 Logo MAP
 Malam last, ada minggu Rumpun Budaya. Alah, macam malam kebudayaan la jugak..

 Ni la budak-budak kolej aku.. Kolej apa??? Kolej Sakura!! Kawaii!!!!

 My Housemate, Yana. Satu batch ngan aku tapi umur setahun lebih muda dari aku.. Sebab dia dari matrik satu tahun.
Bersama Kak Ati. Kitorang punya LO. Macam pengawas jugak la.. Garang, ala-lelaki tapi cool sangat!

Akhir kata, Minggu Aluan Pelajar memang TERBAIK lah!!!!

ps: esok dah start kelas.. Macam mana ni?? Tempat pon tak kenal lagi nie...