hit me..

gambar gambar

Thursday, December 26, 2013

47 Ronin Review

Bismillah

Aku pergi tengok cerita ni dengan Ama hari Isnin lepas. Tengok dekat MBO The Spring je. Harga tiket, RM14. Ok la tu.!

47 Ronin mengisahkan 47 orang samurai yang kehilangan tok guru mereka. And percintaan antara Kai (Keanu Reeves) dan Lady Asano (Ko Shibasaki) tapi Lady Asano dipaksa kahwin dengan Lord Kira (Tadanobu Asano) yang wicked! 47 orang ronin dah dilarang untuk menuntut bela kematian tok guru diorang tapi diorang tetap langgar jugak larangan tu and diorang pergi serang Lord Kira yang menyebabkan tok guru diorang mati. Kai bukan samurai sebab dia dijumpai didalam hutan. Samurai-samurai ni cakap Kai tu seorang Jin or something sebab dia dibesarkan didalam hutan and maybe dibesarkan oleh jin hutan tu. Mula-mula samurai semua tu tak suka Kai tapi last-last diorang pergi jugak mintak bantuan Kai untuk serang Lord Asano. Oh, rasa-rasanya cerita ni diambil dari kisah benar di Jepun.

Apa yang agak kecewa adalah aku ternanti-nanti orang yang badan dia penuh dengan gambar tengkorak *tengok poster* tu keluar. Ingatkan lama la, rupa-rupanya sekejap je! Ceh!

Overall, cerita ni best. Ada sedih, ada lawak, ada yang rasa macam "Wow!".  Aku bagi 4/5. 

Wednesday, December 25, 2013

Dinner FCSIT 2013

Bismillah

Hari Ahad lepas FCSIT ada menganjurkan majlis makan-makan atau bak kata orang putih, dinner. Ada yang pergi dengan bas dan ada yang pergi naik kereta sendiri. Dinner ni diadakan dekat Hotel Riverside Majestic, Kuching. Aku pergi satu kereta dengan Ama dan Erfa. Tengok gambar!











Makanan memang sedap tapi yang 'spoil' nye mereka takda menyediakan sudu or garfu. Just chopstick je. Kau bayangkan terkial-kial aku nak makan ayam guna chopstick. Second, 'spoil' sebab makanan sampai satu-satu. Means, mula-mula sampai sup. Ok la maybe pembuka selera. Then, sampai ayam. Habis ayam, sampai ikan. Habis ikan sampai pulak sayur. Makan sayur seketul-seketul tanpa nasi or benda lain. Then sampai Udang goreng. Pastu sampai pulak Nasi goreng. Last baru sampai dessert buah-buahan. Yang last tu bertambahlah kami terkial-kial ambil buah pakai chopstick. Akhirnya surrender letak chopstick kat tepi, guna tangan je! huhu.. Kan best kalau semua makanan tu sampai sekali je semua. Biar penuh meja tu.. Overall ok la..

Friday, December 20, 2013

21 Tahun

Bismillah

Semalam 19Dec2013, genaplah usia aku 21 tahun. Yeay! Happy birthday to me! =D Orang pertama yang wish kat aku adalah Ama. Thanks ama! Tengah-tengah siapkan assignment terakhir, dia lompat kat depan aku terus wish dan bagi hadiah.. Thank you so much Ama! Namun birthday girl tetap terseksa di hari ulang tahun nya. Sebab terpaksa siapkan assignment. Dan terpaksa makan tengah hari pukul 6 petang. Kesian..

Terima kasih kepada semua yang ucap selamat dan doa kan aku sama ada di Facebook ataupun wassap. Harap doa kalian dimakbulkan.. Amin. Terima kasih mak abah yang bagi mesej wish birthday. Sangat sweet! hehehe
Hadiah dari Ama. Thanks!



Hadiah dari Erfa dan adik dia, Erkha. Thanks budak kecik! =D

Semoga Allah berkati hidup aku dan keluarga selama 21 tahun ini dan kurniakan aku kesempatan untuk hidup 21 tahun lagi. Amin. Oh, gambar budak bambam Rasya terkini.. Makin bulat kau!!


Thursday, December 5, 2013

Menderma Dengan Nuffnang

Bismillah

Mari Menderma!

Nuffnang ada buat kempen menderma kepada mangsa Taufan Haiyan. Kalau anda nak derma, pergi ke site Nuffnang, scroll ke bawah dan anda akan nampak ini. 





Klik gambar itu dan anda akan pergi ke page seterusnya dan anda akan nampak ini. Ada 2 cara untuk menderma
1. Derma Earning Nuffnang anda
2. Derma melalui Paypal

Kalau anda nak derma Earning Nuffnang, anda boleh derma sebanyak RM5, RM10, RM25 atau RM50. Senang je kan?

SELAMAT MENDERMA!

*Nuffnang taknak buat untuk mangsa banjir kat Malaysia ke? hihi

Wednesday, December 4, 2013

Hujan dan Assignment

Bismillah

Sekarang ni kan dah mula musim hujan. Dekat area Pahang, Terengganu dan Kelantan dah mula keluar berita banjir dah. Nasib baik la rumah aku kat Terengganu tu atas 'gong' sikit bak kate orang Ganu. =D Kat Sarawak ni pon takda kurang nya jugak. Setiap petang akan hujan. Nak lama lagi dia sambung pulak lepas maghrib. hihihi

Walaubagaimanapun, waktu-waktu sebegini amat memberi masalah kepada aku sebab disamping musim hujan para pelajar universiti seperti aku ini turut dilanda musim assignment dan presentation. Macam aku, gambar kat bawah ni adalah nota tarikh-tarikh assignment yang perlu dihantar.


Nasib baik la aku ambik 4 subjek je. Ni pon agak sakit hati jugak sebab due date dekat-dekat. Dah la keluarkan lambat.. Sabar je la.. Tahan je la. Ni la dugaan sebagai seorang pelajar kan? Nak-nak bila musim hujan ni. Lagi la kuat dugaannya.. Asyik ngantuk je rasa. Tak pun lapar! Tahan.. Tahan..

Konklusinya, gabungan antara hujan dan assignment amatlah tidak digalakkan!