hit me..

gambar gambar

Wednesday, December 4, 2013

Hujan dan Assignment

Bismillah

Sekarang ni kan dah mula musim hujan. Dekat area Pahang, Terengganu dan Kelantan dah mula keluar berita banjir dah. Nasib baik la rumah aku kat Terengganu tu atas 'gong' sikit bak kate orang Ganu. =D Kat Sarawak ni pon takda kurang nya jugak. Setiap petang akan hujan. Nak lama lagi dia sambung pulak lepas maghrib. hihihi

Walaubagaimanapun, waktu-waktu sebegini amat memberi masalah kepada aku sebab disamping musim hujan para pelajar universiti seperti aku ini turut dilanda musim assignment dan presentation. Macam aku, gambar kat bawah ni adalah nota tarikh-tarikh assignment yang perlu dihantar.


Nasib baik la aku ambik 4 subjek je. Ni pon agak sakit hati jugak sebab due date dekat-dekat. Dah la keluarkan lambat.. Sabar je la.. Tahan je la. Ni la dugaan sebagai seorang pelajar kan? Nak-nak bila musim hujan ni. Lagi la kuat dugaannya.. Asyik ngantuk je rasa. Tak pun lapar! Tahan.. Tahan..

Konklusinya, gabungan antara hujan dan assignment amatlah tidak digalakkan!

No comments :