hit me..

gambar gambar

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday : Photographer

Sunday, February 19, 2012

Baca dan Faham

Saturday, February 18, 2012

My Visit to Sarawak

Bismillah

Hari tu di post yang lepas-lepas aku ada cakap yang aku nak ke Sarawak kan? So, on the 3rd February we fly to Sarawak. Bukan terbang bersama-sama dengan abang Superman, tapi dengan menaiki AirAsia.

Menunggu Panggilan masuk. Sebenarnya ada problem time nie. Sudah nampak kelicikan AirAsia sehingga tiket yang sudah di-book kira burned dan terpaksa membeli tiket baru untuk 33 orang.. GILA!

Check-In barang. Ada sorang ustaz yang mengikuti lawatan ni yang beg dia tidak sampai-sampai ke Sarawak. hahaha... Punya lah resah sampai taknak turun makan malam. Then, Call AirAsia rupa-rupanya beg dia dah sampai ke Vietnam.. hahaha.. The next morning, terus book dengan Travel Agent tu untuk ke Vietnam. Tak Tahu bila tapi dia ada cakap ni "Beg dah sampai Vietnam, tak aci la kalau tuan dia pon tak pernah jejak kaki kat situ. Kena pergi ni.. Dah sampai seru nie" hahaha.. Lawak betul la ustaz nie..

Dah sampai di hotel. Kami menginap ni Harbour View Hotel.

Ke-esokkan harinya kami pergi ke Serikin. Guide kami cakap tempat nie sempadan dengan Indonesia. So, orang-orang yang menjualnya komfem la orang Indon. Memang naik gila aku shopping aksesori kat sini. kuikuikui...

Then, kami ke Kapung Budaya Sarawak. Besar! Owh, time ni ada orang buat pergambaran kat sini. Pelakon yang aku dapat acm ada kat situ adalah pelakon yang berlakon dalam cerita "Kelass Kau Maria" Alah, lelaki yang muka dia macam jepon sikit tu.. Tak tahu nama dia. Boleh seseorang bagitahu nama dia?

Abah aku cakap "bergambar dengan kawan lama" Entah bila pernah berkawan pon aku taktahu. kuikuikui...

Then kami tengok persembahan budaya kat Dewan Teater.. Syokk!! Banyak gimik-gimik sampai Cermin mata hitam ustaz RM10 ustaz tu pon boleh pecah... kahkahkah...

Pastu, kami ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah. Don't know whether its is a real factory atau kedai biasa je sebab kami pergi bahagian depan aje.

Sesi marasa samples kek lapis. Punya la semangat aku nak rasa semua. Konon-konon nak test la mana satu yang best kan. Last-last kenyang camtu je. Dah taktahu mana satu yang best. Tapi yang aku komfem best ialah Kek Lapis Masam Manis... Ni memang komfem best sejak kazen aku bawak balik kampung tahun lepas.. Memang datang sini target nak carik kek lapis tu!

Malam pulak, kami ke Santokh (Taktahu Ejaan). Shopping lagi! Apa yang aku sempat beli ialah gelang tangan (lagi), FM, baju dan ikan terubuk. Ingat nak beli beg tangan, tapi takjumpa yang berkenan..

Getting ready nak balik. Passing tag untuk lekatkan pada beg masing-masing. Senang nak cam beg sapa. Kang tak pasal sampai Vietnam lagi. Yang pakai berbaju biru tengah duduk ni la ustaz tu!

Tunggu flight ke LCCT pula... 

Tamatlah lawatan kami ke Sarawak. Memang aku nak pergi lagi.. Dan aku nak apply Unimas nanti. Doakan aku dapat ya!!

Tempat Kerjaku

Bismillah..

Assalamualaikum!! Selamat sejahtera. Sorry sebab dah lama tak update. Sibuk dengan kerja. Walaupun hanya kerja kafe, penat wooo... Masuk kerja pukul 6.30 pagi, balik pukul 6 petang. Hampir 12 jam ok!

Entry lepas aku dah janji nak story mory sikit pasal tempat kerja aku kan? OK. Aku story. Tempat kerja aku ialah kafe baru TELTTraC bersebelahan dengan IPGM kampus Dato' Razali Ismail. Dekat Batu Rakit, Kuala Terengganu. Nak alamat sekali ke?? huhu..



 Ni Uniform kitorang yang kena pakai hari-hari. Ada sehelai lagi tshirt warna orange tapi malas nak gi snap. Yang baju koperat ni kena pakai kalau ada event je. Tapi along aku dengan Kak Iera (2nd Manager) kena pakai hari-hari...
 Selipar angrybird indoor. Beli baru punya sebab yang merah hari tu dah jahanam dan didermakan untuk warga asrama lama aku... kahkahkah...
 Ni la suasana semasa membeli. Time ni tak ramai sangat orang. Tapi kalau student habis kelas, memang beratur panjang... =D
 See, ramai kan student kat sini.
Ni la kafe aku dari pintu belakang. Pintu depan? Kalau aku rajin, aku snap balik yer!

Saturday, February 11, 2012

Maybank2U

"Dear miss,

We are sorry to say that there are some problem with your account."


Terima kasih kerana sudi menghantar email peringatan ini kepada saya. Tapi masalahnya, saya tak ada akaun Maybank pon. Silap orang nih!!! Lalalala~~~

Wednesday, February 1, 2012

Kerja La la la~~

Bismillah..

Assalamualaikum!!!!!

Hari ini dengan rasminya aku kena bangun seawal 5 pagi! Ya, 5 pagi! PAGI!

Sebelum ni bangun time ala-ala nak masuk ke tengah hari je... hahaha... ALA-ALA je ok... Pukul 9 ke 10 ke aku bangun la sebab lepas sembahyang subuh aku tidur balik.. Tapi mulai pagi ni aku kena bangun pukul 5 pagi sebab kena pergi kerja. Aku kerja dengan mak sedara aku dekat Kafe TeTTrac (tak salah eja macam ni la kot) sebelah Maktab Perguruan Batu Rakit.

Pukul 6.30 dah kena masuk kerja. Sebenarnya, pukul 7 or 7.30 pon boleh, tapi dah Along aku kena masuk kerja pukul 6.30 dan dia jeles tengok aku tidur lagi, dengan rela hati dia kejutkan aku tidur... BENGONG! Dasar dengki dengan adik betul kau ni kan! OK, nanti aku update pasal tempat kerja aku pulak!