hit me..

gambar gambar

Sunday, March 31, 2013

Berkayak di UNIMAS

Bismillah

Semalam, dengan baik hati Si Khai mengajak AMA untuk berkayak. Khai memang dah expert bab kayak ni. Si Ama ni pulak beriya-iya nak pergi tapi takut.. hehehe... So, ni la gambar diorang berkayak, plus gambar pemandangan di UNIMAS









Saturday, March 23, 2013

Earth Hour 2013

Bismillah


Baru sebentar tadi kami nyalakan lampu bagi menyambut kempen Earth Hour. Orang sambut dari pukul 8.30 sampai 9.30 tapi kami terlajak sampai pukul 10. Semangat ke tidak?? hahaha..

Korang sambut ke tak?

Thursday, March 21, 2013

Online Movie Website

Bismillah

Pernah tak terjadi pada korang bilamana korang nak tengok movie di wayang tapi tempat korang takde wayang yang terdekat.. Memang perkara ni selalu terjadi kat aku sebab kat Terengganu hanya dekat Mesra Mall je yang ada wayang tak silap aku. So, alternatif aku adalah tengok online. Setiap kali cerita best dah keluar kat Astro First, aku cepat-cepat pergi ke laman web Cerita Master ni.

Ni link dia. http://www.ceritamaster.com/

Ni frontpage dia. Simple je!

Ni antara drama yang ada dalam website nie...

Ni pulak movie.. Banyak..... *buat muka teruja sikit!

Ni TV Show

Oleh itu, adik-adik.. Kalau anda seperti saya yang takda TV kat sini ayuhlah ke website ni yer!

Tuesday, March 19, 2013

Annah Rais Hot Spring


Bismillah..

Sabtu lepas kami pergi ke Annah Rais Hot Spring.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Unimas la.. Tu kalau tak sesat la.. GPS ni bukan boleh ikot sangat pon.. Kang celah hutan mana pulak sampai kang... Saya tidak bertanggungjawab yer!



Korang betul-betul sampai bila korang tengok sign ni... Memang sah lah korang sampai dah tu. Boleh la turun dari kereta masing-masing, keluarkan barang-barang or beg-beg besar yang bagai nak tidur situ terus tu.. Nak bukak khemah ke ape?


**Website dah down! lalalala

Bayaran masuk adalah RM 5 untuk dewasa, dan RM 3 untuk pelajar (sehingga umur 17 tahun). Tapi kalau korang pandai bodek dapatlah harga student tu.. Macam kami.. heeee... Maybe makcik tu tengok muka kami ni masih muda dan masing-masing dah tunjuk muka kesian nak harga murah, so dia bagi RM 3 je sorang.. hahaha... Thanks to Anis yang berjaya bodek makcik tu! Ikutkan aku nak bayar RM 1 sorang je! lalala




Setelah puas meninjau kawasan, Jom terjun!! Lain la kalau kau sempat update facebook, twitter bagitahu semua orang yang kau dah sampai sini... Saya tak sempat, terus terjun!!





Kat batu belakang tu pon kolam air panas gak! Tapi air dia suam-suam kuku la...  Yang first tu panas... Boleh rebus telur kot.. Yang kalau nak rebus telur tunggu esok la baru siap!
  

Rama-rama yang unik.. Bila tengok dekat warna hijau, bila terbang jadi warna biru @ ungu pulak! Magik apakah ini???

Diakhiri dengan gambar tuan rumah. Sila jangan tegur kenapa tuan rumah nampak semakin 'comel'... Bahagia duduk di negeri orang... lalala

Overall, 
 accomodation - 2/5 (air nak bersihkan diri ciput  je kuar. Air kencing lagi laju kot! =D)
sungai - 3/5 (bersih tu ok la................ Setakat ni takde kurap lagi... heeee)
Keselamatan - 3/5 (takde orang jaga kat sungai tu. Makcik tu jaga kat depan je!)

Keseluruhan, 3/5... 

Wednesday, March 6, 2013

How to Put Password for Your M.Word Document

Bismillah

I just know this feature when I wanna make my own digital diary *poor me* Then I googled and I found the tutorial on the youtube. So, for those who didn't know how to do it, here it is... =D

1. Open your Microsoft Word and then click File

2. Click Info

 3. Click Protect Document (Permission)
4. click Encrypt with Password (the key icon)

5. Enter your password


 6. Re-enter your password

7. Save your document as usual. And when you open it, something like this will show up and just enter your password and click OK. Continue your writing =D


So, no one will ever have permission to read your private document anymore! Unless your password was hacked or something!