hit me..

gambar gambar

Friday, April 26, 2013

RJ Ayam Bakar

Bismillah

Hari Selasa lepas kami keluar kejap ke CityOne nak carik ink printer sambil nak menghabiskan baucer buku. Sekarang ni pon baucer tu ada lagi RM100.. Apa aku nak buat dengan mende tu???

Sumber[google]

Then kami singgah kedai RJ Ayam bakar. Memang perghh dia punya ramai.. Aku senang je, suruh khai cilok masuk carik tempat kosong. Budak tu kecik so senang la nak cilok kan.. Jumpa je tempat, terus duduk and order.. Apa yang kami order??

Milo Raja RM3.00

Nasi Goreng RM 7.00

Ikan Bawal Special RM 9.00

Ice Lemon Tea RM 2.20

Ayam Bakar Special RM8.80

Takda gambar
- Otak-Otak RM 7.00
-Sirap Limau RM 2.20

So total kami makan malam tu adalah RM50.20. Nice! hahaha

Tuesday, April 23, 2013

Lawatan ke Hospital Umum Sarawak

Bismillah

Sehingga kelmarin, aku dah demam hampir 6 hari dah. Tapi Alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya dah. Tonsil pon dah tak bengkak lagi. Ini semua berkat tidak mengikut nasihat doktor.. eh? hahaha... Doktor suruh makan paracetamol 2 bijik, 3 kali sehari.. Mahu mabuk jugak aku.. So, aku just makan 1 bijik, sekali sehari. Tu pon time ingat je la.. weeee =D

Ni nak cerita, hari ketiga aku demam aku decide nak pergi hospital sebab takut denggi. Tu pon Ama yang suggest, dan dia agak menyesal jugak dia suggest.. hahaha.. So, Erfa tolong carikkan kereta and mintak tolong Abang Alif hantarkan. Ama dengan Khai pun ikot sekali. Khai nak ikut sebab dia nak lari dari audition karoke. Alasan kau! So, total semua pengikut 4 orang, pesakit sorang.

Mula-mula pergi hospital dekat Unimas ni je tapi diorang cakap kalau malam kena pergi hospital besar dekat  bandar Kuching. Sampai kat sana, terus pergi bahagian emergency. Ada pakcik guard yang terlebih ramah menyebabkan kami agak takut. But dia ok la sebab tunjukkan kami apa yang perlu buat, daftar kat mana. Ok la... Heh...Lepas bayar RM1 untuk pendaftaran, kena pergi check suhu, tekanan darah and degupan jantung. Suhu aku malam tu 39.4celcius. Tekanan darah tak pasti. Degupan jantung 124 bpm. Pergh, macam baru lepas berlari je...

Then siap semua tu kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pulak.. Part ni la yang agak menyakitkan ni. Bayangkan kami tunggu nak dekat 5 jam baru boleh masuk bilik doktor. Hadussss..... Dah macam-macam posisi dah kami tidur atas kerusi tu. Aku pedulik apa orang tengok ke tidak, aku tidur je.. Pukul 2.30 lebih skit baru boleh jumpa doktor. Bagitahu semua masalah aku ada, doktor ambik darah. Rileks je la kan, takde nak nangis bagai tengok jarum tu. Agak sakit walaupun orang tua selalu kata macam kena gigit semut je.

'Makcik tipu! Kata macam kena gigit semut. Ni pedih! Kalau semut gigit rasa gatal-gatal je! Ni pedih tau!!!'

Then tunggu 5 minit, doktor datang bawak result. Semua normal. Tonsil aku bengkak sikit. Tu yang buat aku selalu muntah tu. Then dia bagi senarai ubat, pergi farmasi hospital ambik ubat. OTW balik singgah Mc'D. Lapar kot tunggu kat hospital tu.. 

Itulah pengalaman aku first time pergi hospital kat Kuching ni... hehehe Panjang...

Friday, April 12, 2013

SIBU

Bismillah

Entry kali ini mungkin penuh dengan gambar sahaja.. weweweee... But, since this is not a real trip to Sibu, kami hanya pergi mostly to shopping complex. So, saya tak bawak camera ke sana. Apa jadahnya berkamera di shopping complex?? kan?? Camera handphone sudaa.. 

Kami pergi naik ni. Berlari-lari dalam airport Kuching gara-gara lambat sampai. 



This is Si Kupin-Kupin aka Qhaliq

Pintu Gerbang Sibu. Kami lalu sebelah je.. ehehe

Then kami pergi ke Taman Bukit Aup.


This is Aween, kakak si Kupin-kupin

Nenek ngan atok Erfa.. Sweet couple kan!

Asalnya ambik gambar ni nak suruh nampak jambatan kat belakang tu. Nampak tak?

With Aween

Naik jambatan gantung. Mengambil gambar orang yang sedang mengambil gambar.. hehe

Erfa

Budak baju pink tu takda kena mengena dengan kami. Spoil gambar je!

Seriously dik, kau spoil gambar akak la!

Erfa lagi =D

Beriya naik tangga ni berlari-lari. 2 hari pon tak hilang lagi sakit kaki gara-gara berlari.

Sebelum balik

Ambik gambar depan rumah dulu sebelum balik. Don't know what is wrong with Qhaliq sampai ternganga macam tu. Yang berbaju biru tu Shafiq, pegang baby tu Udaq dan atas tu Aween.=D

Akhir kata, terima kasih buat nenek dan atok kerana terima saya tinggal dirumah kalian dan gigih bawa kami jalan-jalan sekitar bandar Sibu. Terima kasih Udaq kerana bawa kami shopping dan belanja baju sehelai sorang.. Mahal woo....! Buat Kupin-kupin, Shafiq, Aween dan baby Da'yyan, nanti kakak datang lagi kalau ada masa ek! Korang memang mesra alam! wahahaha

Thursday, April 11, 2013

Kupin-Kupin

Bismillah

Q: Kakak, polah um-um!
    -Kakak, buat um-um-

Aku: Apa ya um-um?
        -Apa tu um-um?-

Q: Kakak... Polah um-um!!

Aku: Erfa, Qhaliq suruh basuh berak!

Erfa: Um-um tu bukan basuh berak la.. Susu...

Aku: OOoo.. Kakak sik reti polah susu.. 
        -Kakak tak reti buat susu-

Q: Reti...!

Aku: Kakak sik tahu la... 
        -Kakak tak tahu la-

Q: Tahu...!

Aku: Ni nenek? Padah dengan nenek.
        -Mana nenek? Cakap dengan nenek-

Q: Nenek tidur!

Aku: Mama?

Q: Mama tidur juak!
    -Mama tidur jugak-

Aku: Qhaliq bulak nak? 
        -Qhaliq tipu kan?-

Q: Sik! *Senyum*
    -Tak-

Aween: Bulak nak kau! Kakak polah susu kau tok. Lajuh! 
           -Kau tipu kan. Kakak buat susu kau ni. Cepat!-

Aku: Nyaman sik? 
        -Sedap tak?-

Q: *Angguk-angguk masuk bilik*

Perbualan antara aku, Qhaliq, Erfa dan Aween time aku pergi rumah nenek Erfa haritu. Alhamdulillah, dah selamat berada di Unimas. Rindu WiFi.. hee.. Nanti aku cerita banyak-banyak lagi yer!

Best jugak cakap bahasa Sarawak dengan budak-budak kecik ni. Diorang bukan nye tahu betul ke salah aku cakap kan... wahahahaha... 

Friday, April 5, 2013

Holiday

Bismillah

Midsem Exam dah habis semalam. Lagi 2 subjek sambung lepas break. Sticky note pasal exam dah delete. Assignment report hantar petang nanti. Tunggu pejabat bukak dulu.. Wee... Petang ni nak hantar Ama ke airport. Tunggu sampai kapal terbang dah tak nampak katanya.. Baiklah Ama! hehehe... 

Esok giliran aku dengan Erfa pulak terbang ke Sibu. Pergi rumah nenek Erfa. Ingat nak  beli cenderamata untuk family. And buy some Sibu tshirt for me and my little one (niece) boleh bagi dia bila dia keluar nanti. Tak dapat pergi lagi, dapat tshirt dari maksu pon boleh la yer baby!

Oh ya, yesterday i bought some kids storybook to donate to the Sarawak's kids yang duduk kat pendalaman. Donated 2 books, an experiment book and a children bedtime story book. Ingat nak beli untuk my niece tapi dia kan belum keluar lg, tak payah lagi la. Nanti baby dah besar maksu beli banyak-banyak buku ek! So yeah, I leave so note inside the book like "Have Fun Reading!" and "Have Fun Experimenting!" although I don't know either there's a word 'experimenting' or not.. hehehe... Akak masuk U pon english akak berterabur lagi dik! ahaksss... Feels good to know that I've help the children in need..

Maybe no more new entry until this Wednesday since I'm at Sibu. Nanti I post instagram ek! Jangan lupa follow Instagram Etty Selamat... Wehee...

Wednesday, April 3, 2013

Karaoke

Ber-karaoke di malam hari bersama Erfa dan Khai. Ama, buat assignment. Teringat pulak abah pernah cakap.

Abah: Aang, awak nyanyi dah sedap dah..

Me: Wehee... Tenkiu!!!

Abah: Tapi kan kalau awak tak nyanyi lagi sedap! 

Me: Sob sob sobsss...

Kene troll daa..... =D

Tuesday, April 2, 2013

Minggu Wanita Inspirasiku @UNIMAS

Bismillah

30 Mac hari tu, kami pergi ke penutup Minggu Wanita Inspirasiku yang diadakan di DeTAR, UNIMAS. Last event for MWI yesterday was the forum about Wanita. Ada 3 orang panel dari
*Pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara : En Fairul b Desa
*Guru Kaunseling SK St Joseph, Kuching dan juga merupakan Alumni UNIMAS: Pn. Dyg Nur Alfa bt Awang
*Wakil Persatuan Ibu-ibu Tunggal Sarawak : Pn. Saniah bt Hj Mohamad Hussain

Forum sangat best, ahli panel pon lawak. Dapat dengan cerita pengalaman menjadi ibu tunggal diwaktu usia masih muda. Dapat dengar pandangan mengenai wanita dari pendapat seorang lelaki since panel dari unit pembangunan keluarga merupakan seorang lelaki. So, let me ask you women out there, apakah tugas seorang wanita yang berterusan dari zaman batu lagi sampai sekarang? Tugas kita selain dari memasak and etc adalah membantu lelaki untuk merancang and membina institusi kekeluargaan. We do involve with that OK! Here's the picture.. =D


Ahli panel berforum. Pengerusinya adalah housemate saya! heee

Perasmian penutup oleh Pn. Sharifah Hasidah, ADUN Samariang.

Before balik sempat beli marshmallow cicah cokelat. RM1.30 sebatang. Kalau strawberry RM1.70 sebatang. Tu pon sebiji belah dua. Means, satu batang ada sebiji strawberry. CEPAT KAYA KAU KAK!!!

Konsert Amal Dynamite of Islamic Art Night

Bismillah

29 Mac lepas, UNIMAS ada menganjurkan Konsert Amal Dynamite of Islamic Art Night dimana setiap tiket kami beli bernilai hanya RM5.00 akan didermakan pada badan kebajikan. Konsert ni dianjurkan sempena Minggu Penghayatan Islam UNIMAS. Aku dengan room mate decide untuk pergi.. Ye lah, bukan selalu kita buat bakti macam ni kan. Dan bukan selalu kami jumpa artis... hehehe.. Antara artis luar yang datang adalah abang Fitri Haris dan abang Mu'adz Dzulkifli

**Untunglah penduduk BRC sebab abang Fitri dengan abang Muadz bermalam kat sana.!











Ni lagu abang Mu'adz yang famous.. Sangat inspired!



Ni pulak lagu abang Fitri yang famous.

Official Facebook Fitri Haris :  [LINK]
Official facebook Mu'adz Dzulkifli : [LINK]
 Lain kali datang lagi buat konsert kat sini yer!!