hit me..

gambar gambar

Tuesday, May 31, 2011

Ketumbuhan Pada Mata

Bismillah..

3 tahun lepas ada tahi lalat kecik tumbuh dekat mata aku.. Mula-mula aku buat dek je. Tapi lama-lama mole tu makin besar.. Bimbang jugak.. Pastu, mak aku cakap masa dia kecik dulu penah jugak terjadi sebegitu. Dia, pergi klinik and doktor bagi krim. Pastu hilang.. Aku pon pergi la farmasi. Pakcik pharmacist tu cakap "jangan bimbang. Tu ada darah beku saja. Lama-lama dia hilang sendiri"

2 tahun kemudian, tak jugak hilang-hilang. Sabar ku sudah sampai had dia. *well.. Mak aku yang hilang sabar sebenarnya* Terus dia ajak aku ke hospital kerajaan. Baru la Akak Doktor Comel tu cakap, "Kalau adik comel setuju, kami akan bedah mata adik comel dan buang bahagian mole itu. Kami akan hantar sampel ke makmal takut-takut mole tu adalah sejenis ketumbuhan.. macam mana??" Betul! dia cakap macam tu! *Semua benar kecuali part adik comel tu yer!*

So, Semalam (30 Mei 2011) satu pembedahan telah dibuat ke atas ku.. Awww.... *tiba-tiba* Sekarang dah ok sikit. Tapi, kalau tengok sermin and perhati betul-betul.. Agak ngeri jugak lah mata aku nie. Berlapis-lapis... ehehe... Takpe... Nanti cantik la tu.. Insya-Allah.... 

Layan gambar yer...

Before.. Nampak mole hitam lam circle tu?? Itu la...

Before masuk OT..

Dalam sejam jugak la aku duk baring lam OT tu.. hehe..

 After... Abah cakap "Buat la macam orang sakit sikit!" hehehehe....

Nanti mata dah cantik aku update lagi pasal ni ek!

kata hati : Takut jugak dalam OT sebab nampak satu-satu doc buat apa kat aku
kata kau : Ada ke patut akak-akak nurse tu duk chit chat pasal tapai kat mana lagik manis.!

Operate Mata

Bismillah..

Wazzup guys.. Semalam aku operate mate aku... Ni yang taip ala-ala lembab sikit ni..*walaupun banyak* Nak buang mole lam mata. Takut ada ketumbuhan. 8 Jun ni pergi hospital lagi sebab si doc yang comel nak chit chat dengan aku.. nanti mata da lawa aku update panjang-panjang ek!!

Friday, May 27, 2011

Its Okey Baby, Please Don't Cry

Mood: Sedih

Aku dengan 'dia' da lama putus. 'Dia' dah ada orang lain. And aku dah minat orang lain. *Minat Lee Hongki boleh kira tak?* But last week aku jumpa 'dia'. Tak cakap apa-apa pon. Cuma senyum. Macam mana nak cakap-cakap, aku lam kereta dengan ayah aku, 'dia' tengah drive ngan family 'dia'. Tiba-tiba aku sentap kejap. OTW balik rumah, aku asyik teringat dekat 'dia' and apa yang dah 'dia' buat dekat aku. Perit okeh!

Sampai rumah, 'dia' call. Dia cakap "awak makin cantik sekarang" *ini realiti, bukan auta hokey!* Then dia mintak aku sambung balik hubungan dengan dia.Hubungan dia dengan minah hari tu da putus. Padan muka kau! hahaha Well, oleh kerana aku dah minat orang lain aku tolak permintaan tu. Then, dia cakap " Phone yang awak pulangkan balik tu saya simpan lagi sebab gambar awak ada dalam tu. Saya rindu awak!"

Damn!!! Hati aku sayu nak nangis.. Aku tahan je. Aku cakap aku kena study sebab esok exam. Then perbualan kami terputus. Tapi hati aku tetap teringat dekat dia

Sabar Etty.. Jangan nangis kerana lelaki ok!

Friday, May 20, 2011

New Version Of Avatar- Sengal Version

Presenting to you!!! 

The Sengal Version Of Avatar!!!!!




 AIRBENDER!!!
 EARTH BENDER
 FIRE BENDER
WATER BENDER

tengkiu.. tengkiu...

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak, Mama, Mummy, Umi!!!!

Mak! 
Selamat Hari Ibu yer! Sorry tahun ni takde hadiah.. Tak sempat nak beli.. Buah Ciku yang Aang beli kat Rantau Panjang hari tu kira hadiah la yer! hehe...

Mak! 
Terima kasih kerana banyak berkorban demi kami adik beradik.  Terima kasih kerana sanggup tak tidur malam time kami sakit. Terima kasih kerana sanggup ambik cuti dan datang ke sekolah Aang time hari first exam penting. Terima kasih kerana melayan karenah anak mak yang entah apa-ape ni. Terima kasih hadir dalam hidup kami adik beradik. Terima kasih atas segala-galanya!

Ya Allah! 
Kau ampunilah segala dosa ibuku! Kau panjangkanlah umur ibuku dan murahkanlah rezeki dia serta kesihatannya. Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia MahaAgung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih

Amin..
Mak, Aang Sayang Mak!!!!!



Thursday, May 5, 2011

SAYA TAK SUKA BAHASA GEDIK !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Hari ini saya ingin membicarakan tentang bahasa gedik. Korang tahu tak apa itu bahasa gedik?? Alaaa... yang kat belakang perkataan biasa nya ade 'w' or diubah ejaan nya.

Contoh: Aq tak Sukew orunk y mkn fwens dye.

Berbelit tak lidah korang baca tu. First time aku sedar bahasa ni bile aku men mesej dengan kawan aku dulu. Dia tulis "Etty, kao nax pkai apew ecop?" Terherot-herot mulut aku nak bace. Last-last aku balas "Kau ckp ape ni??" hehehe...

Then, bila aku bace page FB budak-budak zaman sekarang ni gile lah dorang punya bahasa. Lagi sikit nak suruh aku sawan!  Ya Allah... Bila aku bace page sorang hamba Allah ni... Satu perenggan mengambil masa lebih kurang 15 minit nak habis.. Padahal perenggan tu pendek je pon!

So to all adik-adik kat luar sane *ecececeh* Tolong lah guna bahasa yang mudah difahami yer! Kang tak pasal cacat lak akak kau sorang ni!

MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA!