hit me..

gambar gambar

Wednesday, April 20, 2011

SEDARLAH WAHAI KAWANKU!!!

Kawan,

Semakin lame aku tengok kau semakin berubah. Sejak kau dah berpunya, kau sudah berubah ke arah jalan yang salah. Si Dia pegang tanganmu, kau hanya berdiam diri. Aku tengok gambar-gambar yang kau ambil bersamanya, kau duduk berdekatan tanpa segan. 

Kawan,

Adakah kau menyedarinya bahawa kau sudah ke jalan yang salah? Ubahlah lalauan mu dengan segera supaya kau tidak lagi melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Tuhan kita! Aku tidak mampu untuk mencegahmu kerana sudah berkali-kali aku memberi nasihat. Terserah kepada kamu untuk memikirkannya. 

Kawan, 

Aku tidak mahu mengguris hatimu. Cukuplah sekadar aku membenci perbuatan mu. Mencegah dengan hati walaupun perkara itu adalah selemah-lemah iman. Berubahlah wahai kawanku! Menegur bukan kerana membenci tetapi kerana aku menyayangimu sebagai kawanku. 

Sedarlah wahai kawanku.

***Tidak ditujukan kepada sesiapa. Hanya untuk coretan hati.

No comments :