hit me..

gambar gambar

Sunday, December 30, 2012

KOJOL

Bismillah


Pada hari Jumaat yang lalu, pihak kolej Cempaka dengan kerjasama DBP telah mengadakan persembahan teater mengenai pembalasan di alam kubur yang bertajuk KOJOL. Mungkin kerana mereka telah bergabung dengan DBP lalu menyebabkan ayat aku terus menjadi sedikit skema... Mesti sebagai seorang guru bahasa, mak saya bangga mempunyai sorang anak seperti saya.. Kejap, nak ketuk kepala sikit.. Dush!!

Ok, I'm back... Since tiket teater ni hanya berharga RM8.00, Ama terus semangat hantar mesej kepada salah seorang nama diatas *tak sure siapa* dan tanya pasal kekosongan tiket.. Then dia balas, tiket banyak lagi.. So, terjadilah sesi balas membalas mesej seperti berikut:-
Ama: Nak tanya pasal tiket teater Kojol. Ada kosong lagi x?
Orang itu : Ada banyak lagi. Nak ke? Berapa orang? Bagi nama, No IC dan kolej.
Ama: Ada sediakan pengangkutan tak?
Orang itu: X sure lagi. Esok ada meeting, saya akan tanyakan.
Ama: OK, klau ada pengangkutan kami nak book 5 tiket. Klau xde, cancel la.. hee...
Orang itu: Ok. Esok saya bagitahu..

Lebih kurang macam tu la sesi balas mesej tersebut.. Mungkin ada tokok tambah sikit... But you get the picture right!

So, kami pergi la naik bas yang disediakan untuk kami.. Teater start pukul 8.30pm.. Tapi nak dekat pukul 8, semua lampu diorang dah tutup.. Then ade bunyi-bunyi yang agak scary la.. 

Teater ni bagi aku agak best la.. Ade orang usung keranda dari belakang kami sampai ke pentas.. Pastu ade 3 mayat dan 3 roh yang tak mengaku tu adalah mayat diorang.. Menangis la diorang bila tengok mayat diorang diseksa.. A lot of screaming! Sebab tu dekat poster tu dah tulis warning kot-kot ade orang yang lemah jantung kat situ. Then dengar orang menjerit, bertambah pulak mayat kat teater tu.. Tehee... Pastu diorang bagitahu la kenapa mayat tu diseksa.. Ada yang sebab minum arak, tak sembahyang, Tak tutup aurat...

Aku tak ambik gambar sepanjang teater ni sebab aku sangat pantang bile ada flash time aku tengok... Just ambik gambar selepas habis je.. Tu pon gambar kami je.. =D

 Dari kiri Keyna, Ama and Erfa

Erfa and me

Monday, December 24, 2012

Study Week

Bismillah

Kejap je rasa masa berlalu.. Rasa macam baru minggu lepas ku daftar masuk UNIMAS tapi rupa-rupanya dah lebih 3 bulan aku bergelar pelajar UNIMAS ni. Pejam celik pejam celik dah mula study week.. 2 minggu depan dah start final exam... Haiyyo..... Otoke??? *kpop kejap!*

Oleh kerana study week kami dah bermula, ada la seorang hamba Allah dari fakulti lain ajak roomate aku tolong ajar dia Discrete Math... Dan oleh kerana yang mengajar tu roomate aku, so aku kenalah teman beliau mengajar anak orang itu disebabkan anak orang itu merupakan seorang lelaki... 

Ni gambar aku baru ambik tadi panas-panas dari oven! *lapar*

Saturday, December 22, 2012

SAYA MINTA MAAF!!!

Bismillah...

ASSALAMUALAIKUM!!! Jap, jap.. kasi sapu habuk sikit! Fuuuhhh.... Fuuhh..... Haa...Haa...Haaccchhooomm!!!!! Maaf, saya resdung! hehe..

Dah hampir sebulan aku tak update kan? Jap tengok last entry jap... *2minit kemudian* Last aku update pasal kehidupan aku adalah pada 14/10/2012 *tak termasuk entry birthday aku*. Demm! hampir 2 bulan! Maaf saya sibuk! *kadang-kadang malas* Oleh itu, aku akan pendekkan cerita aku selama 2 bulan ini kepada 1 entry.. Ready?! JOM!

*Since malas nk susun gambar, aku pakat2 letak je la. Maaf!*

LECTURE

 Sehari sebelum balik kampung sempena cuti midsem lepas. Boleh  nampak kerusi biru yang sebelum ni penuh je... Korang book tiket awal gile la!! *Jeles org boleh blk awal*


 Kebuhsanan menunggu next class.. So, kitorang lepak-lepak kat lobi fakulti sambil layan wifi-yang-full-bar-tapi-slow-tahap-kura-kura-nak-bertelur

 Situasi meja makan kami apabila assignment keluar ataupon nak menjawab soalan tutorial. Nampak tak buku tebal tu? Tu la buku Discrete Math kami..! Hooray!!

 Ni pulak situasi laptop aku apabila nak siapkan project programming.. Dah namanya kerja last minute, mmg jahanam! Semua sticker aku lekatkan kat situ!

 Ni pulak aku keboringan dalam lecture System Analysis and Design. Lukis-lukis then tulis lirik lagu Little Bird by Far East Movement.... I LOIKE!!!

 Situasi adik beradik keboringan... ehehehe... dalam Lab Programming.. Sori mr KaiMin, Kami boring!

Selepas kelas... Gambar kabur sebab guna front camera.. Alasan nak hp baru!

Jalan-jalan


 Me and ama. Tengok wayang marathon Twilight + Paranormal Activity

 Erfa nak jugak gambar diambil...


 Makan pizza. Ni kes yang kasi aku bengang sikit.! Dah la nak order pon lambat.. Then, pizza sampai sejam kemudian... Aku dah bengang sangat dah.... Mahu je aku memekak kat situ tapi sabar je...

 Ni gambar  selepas ke kenduri sedara kawan, kami jalan-jalan di Plaza Merdeka then makan pizza *pizza lagi* Bergambar sampai abang waiter tu pon pelik.. hehehe..





19.12.2012-Happy Birthday to me!!! 

Seperti entry ini, aku dah officially masuk 20. Sebelum ni memang nak tak nak je ngaku umur dah 20 tapi... hehehehe.... Tahun depan nak ngaku umur still 20 la! hhehehe... Housemate aku pulak buat kezutan dengan kek bagai... Sweet! Me like! hehehe...

Ni dari instagram dan fb kami..




Wednesday, December 19, 2012

HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Bismillah


Happy Birthday to me!! 
hehehe... Selamat tinggal kepada pangkal 1 dan selamat datang pada pangkal 2... Baru oficially masuk 20 tahun walhal orang lain sebaya aku dah nak masuk 21 tahun dah tahun depan... 


Terima kasih pada yang sudi wish dekat fesbuk dan melalui msg... hehehe... Apa yang aku nak wish pada diri sendiri ek? 

Ermm..... Belajar rajin-rajin.. Jangan nak ngade-ngade carik pakwe lagi... Jangan selalu nak tangguh buat assignment, pastu baru lah nak naik gile buat kan! hahaha... Semoga Allah panjangkan umur aku dan keluarga dan kawan-kawan serta tambahkan rezeki kami.. amin....

*bile nak celebrate nie???*