hit me..

Sunday, December 30, 2012

KOJOL

Bismillah


Pada hari Jumaat yang lalu, pihak kolej Cempaka dengan kerjasama DBP telah mengadakan persembahan teater mengenai pembalasan di alam kubur yang bertajuk KOJOL. Mungkin kerana mereka telah bergabung dengan DBP lalu menyebabkan ayat aku terus menjadi sedikit skema... Mesti sebagai seorang guru bahasa, mak saya bangga mempunyai sorang anak seperti saya.. Kejap, nak ketuk kepala sikit.. Dush!!

Ok, I'm back... Since tiket teater ni hanya berharga RM8.00, Ama terus semangat hantar mesej kepada salah seorang nama diatas *tak sure siapa* dan tanya pasal kekosongan tiket.. Then dia balas, tiket banyak lagi.. So, terjadilah sesi balas membalas mesej seperti berikut:-
Ama: Nak tanya pasal tiket teater Kojol. Ada kosong lagi x?
Orang itu : Ada banyak lagi. Nak ke? Berapa orang? Bagi nama, No IC dan kolej.
Ama: Ada sediakan pengangkutan tak?
Orang itu: X sure lagi. Esok ada meeting, saya akan tanyakan.
Ama: OK, klau ada pengangkutan kami nak book 5 tiket. Klau xde, cancel la.. hee...
Orang itu: Ok. Esok saya bagitahu..

Lebih kurang macam tu la sesi balas mesej tersebut.. Mungkin ada tokok tambah sikit... But you get the picture right!

So, kami pergi la naik bas yang disediakan untuk kami.. Teater start pukul 8.30pm.. Tapi nak dekat pukul 8, semua lampu diorang dah tutup.. Then ade bunyi-bunyi yang agak scary la.. 

Teater ni bagi aku agak best la.. Ade orang usung keranda dari belakang kami sampai ke pentas.. Pastu ade 3 mayat dan 3 roh yang tak mengaku tu adalah mayat diorang.. Menangis la diorang bila tengok mayat diorang diseksa.. A lot of screaming! Sebab tu dekat poster tu dah tulis warning kot-kot ade orang yang lemah jantung kat situ. Then dengar orang menjerit, bertambah pulak mayat kat teater tu.. Tehee... Pastu diorang bagitahu la kenapa mayat tu diseksa.. Ada yang sebab minum arak, tak sembahyang, Tak tutup aurat...

Aku tak ambik gambar sepanjang teater ni sebab aku sangat pantang bile ada flash time aku tengok... Just ambik gambar selepas habis je.. Tu pon gambar kami je.. =D

 Dari kiri Keyna, Ama and Erfa

Erfa and me

No comments :