hit me..

gambar gambar

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak, Mama, Mummy, Umi!!!!

Mak! 
Selamat Hari Ibu yer! Sorry tahun ni takde hadiah.. Tak sempat nak beli.. Buah Ciku yang Aang beli kat Rantau Panjang hari tu kira hadiah la yer! hehe...

Mak! 
Terima kasih kerana banyak berkorban demi kami adik beradik.  Terima kasih kerana sanggup tak tidur malam time kami sakit. Terima kasih kerana sanggup ambik cuti dan datang ke sekolah Aang time hari first exam penting. Terima kasih kerana melayan karenah anak mak yang entah apa-ape ni. Terima kasih hadir dalam hidup kami adik beradik. Terima kasih atas segala-galanya!

Ya Allah! 
Kau ampunilah segala dosa ibuku! Kau panjangkanlah umur ibuku dan murahkanlah rezeki dia serta kesihatannya. Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia MahaAgung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih

Amin..
Mak, Aang Sayang Mak!!!!!



No comments :