hit me..

gambar gambar

Tuesday, April 23, 2013

Lawatan ke Hospital Umum Sarawak

Bismillah

Sehingga kelmarin, aku dah demam hampir 6 hari dah. Tapi Alhamdulillah, hari ni dah sihat sepenuhnya dah. Tonsil pon dah tak bengkak lagi. Ini semua berkat tidak mengikut nasihat doktor.. eh? hahaha... Doktor suruh makan paracetamol 2 bijik, 3 kali sehari.. Mahu mabuk jugak aku.. So, aku just makan 1 bijik, sekali sehari. Tu pon time ingat je la.. weeee =D

Ni nak cerita, hari ketiga aku demam aku decide nak pergi hospital sebab takut denggi. Tu pon Ama yang suggest, dan dia agak menyesal jugak dia suggest.. hahaha.. So, Erfa tolong carikkan kereta and mintak tolong Abang Alif hantarkan. Ama dengan Khai pun ikot sekali. Khai nak ikut sebab dia nak lari dari audition karoke. Alasan kau! So, total semua pengikut 4 orang, pesakit sorang.

Mula-mula pergi hospital dekat Unimas ni je tapi diorang cakap kalau malam kena pergi hospital besar dekat  bandar Kuching. Sampai kat sana, terus pergi bahagian emergency. Ada pakcik guard yang terlebih ramah menyebabkan kami agak takut. But dia ok la sebab tunjukkan kami apa yang perlu buat, daftar kat mana. Ok la... Heh...Lepas bayar RM1 untuk pendaftaran, kena pergi check suhu, tekanan darah and degupan jantung. Suhu aku malam tu 39.4celcius. Tekanan darah tak pasti. Degupan jantung 124 bpm. Pergh, macam baru lepas berlari je...

Then siap semua tu kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pulak.. Part ni la yang agak menyakitkan ni. Bayangkan kami tunggu nak dekat 5 jam baru boleh masuk bilik doktor. Hadussss..... Dah macam-macam posisi dah kami tidur atas kerusi tu. Aku pedulik apa orang tengok ke tidak, aku tidur je.. Pukul 2.30 lebih skit baru boleh jumpa doktor. Bagitahu semua masalah aku ada, doktor ambik darah. Rileks je la kan, takde nak nangis bagai tengok jarum tu. Agak sakit walaupun orang tua selalu kata macam kena gigit semut je.

'Makcik tipu! Kata macam kena gigit semut. Ni pedih! Kalau semut gigit rasa gatal-gatal je! Ni pedih tau!!!'

Then tunggu 5 minit, doktor datang bawak result. Semua normal. Tonsil aku bengkak sikit. Tu yang buat aku selalu muntah tu. Then dia bagi senarai ubat, pergi farmasi hospital ambik ubat. OTW balik singgah Mc'D. Lapar kot tunggu kat hospital tu.. 

Itulah pengalaman aku first time pergi hospital kat Kuching ni... hehehe Panjang...

No comments :