hit me..

gambar gambar

Tuesday, March 19, 2013

Annah Rais Hot Spring


Bismillah..

Sabtu lepas kami pergi ke Annah Rais Hot Spring.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Unimas la.. Tu kalau tak sesat la.. GPS ni bukan boleh ikot sangat pon.. Kang celah hutan mana pulak sampai kang... Saya tidak bertanggungjawab yer!



Korang betul-betul sampai bila korang tengok sign ni... Memang sah lah korang sampai dah tu. Boleh la turun dari kereta masing-masing, keluarkan barang-barang or beg-beg besar yang bagai nak tidur situ terus tu.. Nak bukak khemah ke ape?


**Website dah down! lalalala

Bayaran masuk adalah RM 5 untuk dewasa, dan RM 3 untuk pelajar (sehingga umur 17 tahun). Tapi kalau korang pandai bodek dapatlah harga student tu.. Macam kami.. heeee... Maybe makcik tu tengok muka kami ni masih muda dan masing-masing dah tunjuk muka kesian nak harga murah, so dia bagi RM 3 je sorang.. hahaha... Thanks to Anis yang berjaya bodek makcik tu! Ikutkan aku nak bayar RM 1 sorang je! lalala




Setelah puas meninjau kawasan, Jom terjun!! Lain la kalau kau sempat update facebook, twitter bagitahu semua orang yang kau dah sampai sini... Saya tak sempat, terus terjun!!





Kat batu belakang tu pon kolam air panas gak! Tapi air dia suam-suam kuku la...  Yang first tu panas... Boleh rebus telur kot.. Yang kalau nak rebus telur tunggu esok la baru siap!
  

Rama-rama yang unik.. Bila tengok dekat warna hijau, bila terbang jadi warna biru @ ungu pulak! Magik apakah ini???

Diakhiri dengan gambar tuan rumah. Sila jangan tegur kenapa tuan rumah nampak semakin 'comel'... Bahagia duduk di negeri orang... lalala

Overall, 
 accomodation - 2/5 (air nak bersihkan diri ciput  je kuar. Air kencing lagi laju kot! =D)
sungai - 3/5 (bersih tu ok la................ Setakat ni takde kurap lagi... heeee)
Keselamatan - 3/5 (takde orang jaga kat sungai tu. Makcik tu jaga kat depan je!)

Keseluruhan, 3/5... 

No comments :