hit me..

gambar gambar

Thursday, December 26, 2013

47 Ronin Review

Bismillah

Aku pergi tengok cerita ni dengan Ama hari Isnin lepas. Tengok dekat MBO The Spring je. Harga tiket, RM14. Ok la tu.!

47 Ronin mengisahkan 47 orang samurai yang kehilangan tok guru mereka. And percintaan antara Kai (Keanu Reeves) dan Lady Asano (Ko Shibasaki) tapi Lady Asano dipaksa kahwin dengan Lord Kira (Tadanobu Asano) yang wicked! 47 orang ronin dah dilarang untuk menuntut bela kematian tok guru diorang tapi diorang tetap langgar jugak larangan tu and diorang pergi serang Lord Kira yang menyebabkan tok guru diorang mati. Kai bukan samurai sebab dia dijumpai didalam hutan. Samurai-samurai ni cakap Kai tu seorang Jin or something sebab dia dibesarkan didalam hutan and maybe dibesarkan oleh jin hutan tu. Mula-mula samurai semua tu tak suka Kai tapi last-last diorang pergi jugak mintak bantuan Kai untuk serang Lord Asano. Oh, rasa-rasanya cerita ni diambil dari kisah benar di Jepun.

Apa yang agak kecewa adalah aku ternanti-nanti orang yang badan dia penuh dengan gambar tengkorak *tengok poster* tu keluar. Ingatkan lama la, rupa-rupanya sekejap je! Ceh!

Overall, cerita ni best. Ada sedih, ada lawak, ada yang rasa macam "Wow!".  Aku bagi 4/5. 

No comments :