hit me..

Saturday, August 27, 2011

Biskut Raya -> Cornflakes Coklat

Rajin pulak aku update pasal raya ni ek! Hari ni aku nak ajar korang nak buat biskut Cornflakes Coklat. Aku pon tak  pernah try tapi tetap membanggakan diri nak ajar korang.. Hebat tak?? haha..

Aku baru je buat Cornflakes madu.. Tapi, banyak lagi cornflakes tu.. So, carik la resepi.. Sambil-sambil tu aku update.. Ala, 'drink the water while swim'... hahaha.... Cer tengok..Cer tengok..

*****

Bahan-bahan:

1.Cornflakes
* Tak kire la brand Nestle ke, Kellogs ke.. Yang timbang punye pon ok gak.. Sebab ni bahan penting. Kalau takde, takleh la nak bagi name Cornflakes Coklat kan?

2. Coklat

* Korang tahu ape nie? Kalau tak tahu pergi terjun bangunan sekarang!
* Ni coklat masakan ok. Kalau korang kaya sangat try la coklat Cadbury ke.. hehe..

3. Marjerin


4. Mangkuk kertas
* Saiz tu tak kire la.. Kalau korang nak cepat kenyang and cepat siap letak la dalam mangkuk saiz besar tuh..

5. Colourful chocolate rice.

* Abaikan donut tu. Yang topping die tu penting!

*****

ok.. Bahan-bahan dah settle. Cara-cara pulak!

1. Korang cairkan coklat tu dengan marjerin sampai la pekat.. Kalau boleh sampai coklat tu berkilat.. Boleh?

2. Pastu korang ambik coklat dah cair tu, campurkan dengan Cornflakes. Cornflakes tu korang letak la dalam besen ke, ape-ape bekas yang korang ade. Pastu, gaulkan sampai la kalau boleh semua cornflakes tu bersalut coklat.

3. Ambik sudu kecil, korang cedokkan cornflakes tu ke dalam cawan kertas. Kenapa tak sudu besar? Sebab aku ras kalau sudu besar tu nanti mesti ade yang tertumpah.. So, ambik sikit-sikit. Tak la membazir..

4. Taburkan coklat rice yang warna warni tu..

5. Biarkan adunan kejap. Dalam 5-7 minit. Pastu simpan dalam bekas.. Kalau korang tak puasa, silakan NGAPP!

*****

PERINGATAN

* Satu kotak Cornflakes memerlukan lebih kurang 3 keping coklat masakan yang standart saiz.

* 2 sudu setengah marjerin untuk 3 keping coklat masakan.

* Jangan cairkan coklat dengan marjerin yang terlampau banyak. Nanti Cornflakes tu lemau..


DAH SIAP!!!

Esok aku try.. Korang try la yer! Nanti bagitahu aku camne hasil korang!

GOOD LUCK!

1 comment :

liyanalalala said...

dah penah buat.. memang sedap.. letak dalam fridge lagi best..hehe..