hit me..

Tuesday, July 24, 2012

Preparation for U: Passport and Bank Islam

Bismillah

Mulai hari semalam, aku sudah membuat persediaan ke universiti sedikit demi sedikit. Ye la. Kena start awal. Nanti dah sampai Sarawak pastu ada yang tertinggal, tak ke nak mampos!

So, persediaan pertama yang aku buat ialah membuat passport biru dan membuka akaun Bank Islam. Pagi semalam, bertolak ke wisma persekutuan untuk buat  passport biru . Kenapa  passport biru ? Sebab passport ni hanyalah untuk perjalanan terhad. That means, hanya untuk pergi ke Sabah dan Sarawak sahaja. Kalau korang suka-suka nak pergi melawat Sarawak untuk seminggu dua, sampai dekat airport sana nanti pihak emigresen sana akan bagi korang sekeping dokumen putih yang sah selama 3 bulan tak silap aku. Tapi kena simpan. Oleh kerana aku ni akan belajar disana, aku kenalah buat passport ni. Gila kau kalau tak buat. Takkan aku nak kena renew setiap kali tamat tempoh!




IC number, Ketinggi terpaksa dikaburkan. Begitu juga dengan gambar kerana burok sangat! hahaha

Next, kami pergi ke Bank Islam untuk buka akaun Waidah or something. Tak ingat nama akaun tu. BTW, kami tu Aku dan Bieha. Akaun ni kena buka sebab nak buat pinjaman PTPTN dan Bank Islam adalah satu-satunya bank yang ada dalam Unimas (menurut website Unimas)


Kad ATM takda lagi sebab dah habis. Ramai beno orang bukak akaun ni! Mencik I !!

So, OTW balik,  kami decide nak singgah Klinik untuk buat appoinment Medical Checkup.

Apa yang penting harus dibuat pada minggu hadapan:
~Medical Checkup - Rabu 8.30 am
~Buat Kad ATM - Rabu lepas MC
~ Test lesen kereta - Ahad pagi

No comments :