hit me..

Saturday, February 19, 2011

CERAMAH LAGI....

Dah lama aku tak update.. Sorry, Exam.. Tak berapa kuasa nak layan blog ni... Cuma BW je.. hehe.. Yang tu sempat pulak!

Hari ni aku nak cerita pasal pagi tadi.. Ade ceramah keibubapaan kat sekolah aku.. Mak n abah tak datang.. Ade kerja.. Budak form 6 wajib datang! Ye la kot.. Dah boleh jadi mak bapak budak dah.. Kalau nenek aku umur camni dulu, anak dah berderet dah.. hahahah!

Aku pergi pakai jubah je! Nampak ayu sikit walaupun perangai macam astaghfirullah hal azim bak kate Hincik Faiz Farish... hahaha! Berbekal kan enset sebijik (sebab sebijik tu je aku ade!) dan selipar jepon pink ku, aku pergi sekolah..

Ceramah ni adalah ceramah keibubapaan untuk ibu bapa dan pelajar PMR, SPM dan STPM. Aku ni payah sikit kalau bab ceramah ni.. Sebab aku senang nak mengantuk..


Oleh itu, aku mengambil langkah bijak untuk main game. Sampai habis separuh bateri aku asyik dok main game je.. Menang nye jarang! Sampai lah part tuan penceramah tu buat lawak.. Baru aku stop main game..


Bile sesi kedua pulak... Tak best sangat sebab penceramah tu ala-ala serius sket.. Lepas tu, ada perasmian penutup pulak! Ucapan dari Dato' Nasir tu best.. Bukan apa, Nak bagi hilang mengantuk tu, aku ngan bie dok wat lawak miming pengetua.. haha.. Sori cikgu! Sebab pengetua tu dok kat pentas dengan muka risau je.. So, kitorang buat lawak tentang Pengetua risau nak bagi markah berapa untuk ucapan tu! hahaha...

Then, sedar tak sedar, ceramah da habis... Yeay!!

Ambik makanan kat kantin, balik ruman then tido! hahaha...

1 comment :

asybedazzle said...

hehe. mcm mana pon nice paint lah, rajin :)