hit me..

gambar gambar

Friday, June 15, 2012

Dibuli dan Diejek

Bismillah


Aku pernah terbaca satu artikel tentang seorang budak yag selalu diejek oleh rakan-rakan sekolahnya kerana rupanya. Kesian budak itu. Memang lumrah kan? Budak-budak yang 'kurang' mesti akan diejek disekolah. Aku pon pernah. Hanya kerana nama ayahku. Pernah jugak aku bergaduh dengan budak lelaki ditempat mengaji aku dulu kerana ini. Siap sepak budak tu lagi. huhuhu

Nama ayah aku adalah Selamat bin Mahmud. Mak aku bagitahu aku bahawa ayah aku diberi nama sebegitu kerana semasa beliau dilahirkan, beliau tidak bernafas selama beberapa minit. Setelah puas diselamatkan oleh doktor, akhirnya beliau menangis. Atuk aku terus bagitahu kepada moyang yang cucunya itu telah selamat. Lantas moyang aku cakap "Hah, bagi yo namo budak tu Selamat. Mudah-mudahan solamat lah budak tu sampai tuo." (Ayah aku orang Negeri Sembilan) Begitulah kisahnya....

Masa aku darjah 1, tidak ada seorang pon yang berani ejek aku sebab aku ni anak cg disiplin. Aku pergi ke sekolah yang sama dengan tempat mak aku mengajar. Tapi, apabila aku masok darjah 2 adalah beberapa orang senior lelaki yang mula mengejek nama aku. "Selamat hari raya!" "Selamat hari jadi!" "Izzaty, selamat sokmo la mu kan??" Macam-macam la aku diejek. Mula-mula aku tidak hiraukan semua ejekan itu. Tapi lama-kelamaan, aku akan menangis apabila diejek sebegitu. Aku ceritakan pada ibuku. Ibuku cakap "Aang buat tak tahu je. Diorang ejek Aang sebab nak suruh Aang marah. Pastu mesti Aang akan jawab balik kan? Kalau Aang buat tak tahu je, diorang akan rasa boring dan lama-lama malas nak ejek Aang."

Kemudian, aku ceritakan kepada angahku. Dia lah tempat aku mengadu sampai sekarang. Angah aku menceritakan bahawa dia juga pernah melaluinya. Tapi lama-lama, dia mengambil semua ejekan itu sebagai motivasi. Dia kata, "Setiap perkataan yang dikeluarkan itu adalah doa. Jadi apabila budak-budak tu ejek angah 'Fikri  mane? Alah, Fikri hok selamat sokmo tu!' secara tidak langsung dia telah mendoakan angah. "

Jadi, aku pon bangkit semula *cewahh!* Apabila budak-budak tu mengejek aku, aku hanya senyum je. Aku siap cakap "Doa lah lagi. Doa lah supaya aku selamat dunia akhirat" hahaha.. Ada yang bengang.. Sebab itu aku tukarkan nama facebook aku sebagai Etty Selamat. Nanti lagi ramai yang mendoakan aku...  =)

So, kepada adik-adik yang sentiasa diejek. Ingatlah bahawa ia mengajar anda untuk sentiasa bersabar dan tabah. Ingatlah bahawa hidup didunia ni penuh dengan cabaran. Life is not easy as you think!

*Sorry entry ni pjg sikit.

No comments :