hit me..

gambar gambar

Thursday, January 26, 2012

CNY Update

Bismillah...

Maaf kerana sudah lama tidak update. Bukan atas alasan malas, tapi kesibukan yang melanda. Sabtu lepas ada majlis sambut menantu kat rumh aku nie. So, dua tiga hari sebelum tu of coz la sibuk nak mengemas rumah, settle kan apa yang patut..

Aku tak ada apa yang nak tulis sangat nie.. Otak aku dah blurrr.... So, gambar yang jadi penyeri.. ececececeh...

 Ni la akak ipar aku... Selalu perasan.. hahaha

Ni la khemah tetamu.. Ada dalam 4 khemah kot.. Yang kuning tu untuk abah aku sambut tetamu..

Abang Long and the adiksss... Ni adik-adik along aku.. Datang tolong basuh pinggan cawan, kemas semua.. hahaha.. tenkiusss..

The next day, kitorang pakat makan tengah hari ramai-ramai kat luar.. Tempat makan pengantin gak yang jadi mangsa... hahaha... Best wooo... Dengan angin sempoi-sampoi bahasanye...

Mlm tu pulak budak-budak nie yakni anak sepupu aku pakat baring ramai-ramai depan TV. Tengok bola la kalau dah boys yang ramai nie.. Man U vs sape ntah..

Ni 1/5 daripada keluarga besar kami dari Negeri Sembilan.. Yang lain dah bertolak balik dan ada yang belum sampai.. Time ni diorang pon dah nak balik..

Akhir kata, ribuan terima kasih kepada semua saudara mara yang datang menolong dan kepada semua tetamu yang datang memeriahkan majlis. Tak lupa juga buat my besties (Salsabila, Sarah & Syikin) yang sanggup datang awal menunggu sejam untuk tengok pengantin berarak bawah pedang (walaupun tujuan sebenar untuk tengok abang-abang ashker tu) huhuhu... Trimas buat semua!!

ps: Gambar pelamin tak ambik sebab aku sibuk time tu. Kita tunggu dari photographer sebenar je la...
pps: Rumah masih lagi berselerak.. hahaha... Bile nak kemas nie...
ppps: Esok ke Melaka. Ada kenduri kahwin anak abah aku. Ada sesiapa yang nak jumpa aku??
pppps: 2 hingga 5 Feb nanti aku ke Sarawak pulak. Lawatan..

No comments :