hit me..

gambar gambar

Monday, July 9, 2012

Piknik Time!!

Bismillah

Hari Jumaat lepas, aku dan kawan-kawan sekolah berpakat lah nak berjumpa. Reunion la konon padahal berpisah tak sampai setahun pon. Mula-mula plan nak jumpa di KFC Giant tapi fikir-fikir baik kami beli KFC pastu makan kat taman sebelah Masjid Terapung Kuala Ibai. Ye la, kalau makan dekat KFC kena control sikit sebab orang ramai. Takkan nak buat macam kedai kami punya kan? Kalau kat taman tu takda lah ramai sangat orangnya. Boleh lah bergelak ketawa tak ingat diri sampai menangis-nangis.



 Nampak tak keseronokan kami berkelah? Tikar yang Ayrla bawak amatlah kecik so, kitorang decide makanan biar atas tikar dan punggung masing-masing letak je atas rumput tu.

Jom aku kenalkan korang pada bestfriend aku time form 6.

Yang kiut amat ni nama dia Salsabila or panggil dia Biela 

Yang ni Ckin. Kalau pergi jalan bawak dia sorang pon dah riuh. Sekali gelak semua orang dengar. Sebab itu kitorang taknak makan dekat KFC 

Yang comel ni Ayrla. Sangat ayu. Makan seketul ayam pon mengambil masa sejam.. Kau bayangkan..

Pakcik ni nama dia Iwan. Driver nombor dua.. hahaha

Yang ni driver nombor satu. Nama dia Sarah Apa-apa hal roger dia mesti jadi punya..

Abang pemalu ni nama dia Sopi. Ehem-ehem kak Sarah lerr...

Lepas makan apa lagi, sesi photoshoot ler... Nak berguling kang ada orang pulak.. So, sopan je la sengsorang berposing.. hahaha






Wahh... 'Seronak' nya!!!! Lain kali kita keluar lagi yer! Ada lagi orang nak ikot!!

No comments :