hit me..

gambar gambar

Friday, May 24, 2013

Sebulan je lagi!

Bismillah


Tiket flight balik dah pon di book. Tarikh yang dipilih adalah 20 Jun. Lebih kurang sebulan je lagi.. Balik sama dengan Ama dan Erfa (as usual, orang kampong!) Niat nak balik kampung dulu. Ye la, kalau dah balik Terengganu, bila lagi nak balik Talang kan..So, suruh Pak Uda jemput kat LCCT nanti. Dah bagitahu Amok, dia cakap nanti lepas jemput aku terus pergi rumah Kak Dila. Tidur situ semalam dua. Boleh jumpa Diboo dengan Aliya.. Yeay!

Sekarang ni masih sibuk dengan semester project dan presentation. Alhamdulillah, dua presentation dah lepas. Two down, Two more to go! Sekarang dalam proses siapkan projek untuk subjek Communication and Computer Network. Tak sama group dengan Erfa dan Ama. Kitorang register group lambat, bila tengok semua group dah hampir full. Terpaksa la masuk group orang lain. Aku kena buat pasal wireless network kejadah apa ntah.. hee... Satu soalan dah siap. Nak siapkan satu lagi.. Pastu hantar kat group leader biar dia compile-kan semua.


Oh..Oh.. Last week kitorang ada join event yang kolej Sakura buat. Aku dan Erfa jadi AJK while Ama jadi peserta Jadi perserta pon dapat 3 merit hokeh! Event tu adalah Konvensyen Wanita Anggun. Seramai 5 orang panel yang ditampilkan iaitu 
~ Cikpuan Mastura Mansor 
~ Puan Farah Asyikin (retis tu!) 
~ Salim A. Fillah (penulis from Indonesia)
~ Hilal Asyraf (penulis)
~ Ammar Zahar (Jutawan internet)
Banyak input yang berguna yang kami dapat dari KWA ini. Antaranya adalah Cara untuk berpakaian dengan betul untuk peristiwa tertentu. And the most important part is, kami dapat tips-tips daripada Ammar Zahar.. weeeee!!

*Mak buyung celebrate besday dia semalam*

Ok, itu saja yang dapat diupdate buat sementara ini. Oh ya, my kakak ipar tengah sarat and dalam keadaan siap sedia untuk melahirkan. Harap kalian dapat doakan yang terbaik untuk dia. Tak sabar nak upgrade title jadi aunt. hehe..

No comments :