hit me..

Wednesday, June 5, 2013

Taman Rekreasi Ranchan, Serian, Sarawak

Bismillah

Hari Ahad lepas kami dengan rumah atas berpakat nak pergi piknik dekat tepi sungai. Tempat yang dipilih adalah Taman Rekreasi Ranchan. Kami pergi 2 kereta.So 10 orang la total semua. 5 orang dari rumah atas, 5 orang dari rumah aku. Yang sekereta dengan aku ialah housemate aku Ama, Khai, Nisa and kawan FIT Hazimah. Satu kereta lagi budak-budak rumah atas Hana, Hani, Dayah, Mira and Zureen. Beriya kami bangun pagi siapkan sandwich yang diketuai oleh Chef Ama.. hehe

 Sepatutnya perjalanan dari Unimas ke Ranchan tu 45 minit je tapi since kami sesat sebab kereta depan tengok google maps, so kami punya perjalanan mengambil masa sejam setengah. wehehe... Nasib baik aku ada GPS. Last-last aku yang jadi guide...

Sampai-sampai je kami terus carik port, letak barang-barang semua then terus terjun... Air sejuk sampai menggigil aku! Tapi memang best! Orang pon ramai. Riuh je! Tak macam pergi Annah Rais hari tu. Sunyi sepi..

Layan gambar kami!

Awal-awal celop kaki dulu. Sejuk! Pastu baru masuk satu badan.

Ama bersama budak rumah atas. 
From left: Zureen, Mira, Hani, Hana, Ama, Dayah.

Nisa tak dapat mandi atas sebab ayah dia tak bagi. Masuk kaki je la...

Hazimah pon tak dapat mandi atas sebab lain.. =D

Budak-budak penyeri hari .. 

Part yang paling best. Kena simbah air yang super duper kuat! Nak tergelincir kebawah rasanya!
See Nisa, awal-awal celop kaki je. Last-last hambik kau! Satu badan!

Kami yang kesejukkan. Walaupun dah berejam duduk dalam air tu.

Wajah kesayangan hamba bak kata Ama.. Tehee

Suppose kena tunjuk 1 2 3 4 start from Ama. Tapi Khai taknak buat so Ama buat satu. But kami tak perasan terus sambung 3 4. haha

Bergambar sebelum balik. 

So overall, Taman Rekreasi Ranchan ni best sangat. Kekurangannya adalah time kami pergi hari tu tandas dia tak bukak. So terpaksa kami naik kereta basah-basah lapik dengan plastik je. Terpaksa aku drive kesejukkan dan tak nampak (rabun) sebab spek tertinggal dalam beg yang letak kat dalam boot belakang kereta. Nasib baik power tak tinggi. So boleh la juak!

Oh..Oh.. Tempat ni free yer!

1 comment :

Philo Sophia said...

err...nak tanya, ada chalet kah dekat Ranchan tu? atau pun yg berhampiran?