Bismillah
Dah sebulan lebih dah aku berada di Sarawak. Sekarang terpaksa duduk di rumah sewa. Nasib baik rumah depan pagar UNIMAS je. So takde la jauh sangat. Abah dah belikan aku sebuah kereta Viva. Terima kasih abah kerana mendengar rintihan anakmu ini yang tak suka jalan jauh.. hahaha.. Terima kasih abah kerana menghadiahkan sebuah kereta kepada anakmu ini. Nanti Aang dah dapat kerja Aang bayar balik eh! =D
Apakah perkembangan terbaru?
Sekarang ni dah kena masak untuk jimatkan duit. Sebelum ni tak tahu pon kos hidup sendiri semahal ini. Kena jimatkan duit untuk beli barang makanan, duit minyak, duit untuk mende lain lagi.. Nasib yuran PTPTN dah bayarkan walaupun nanti kena bayar semula! =(
Sekarang ni kurang online sebab nak jimatkan usage broadband. Nak tengok video pon kena pergi UNIMAS dulu tumpang wifi dia! hahaha..
Angah dan Kak Fallina pon selalu hantar gambar si Rasya tu. Semakin montel budak tu. Suara pon macam kartun je! Kuat menjerit. Rindu pulak maksu nk jumpa Rasya! Takpe, nanti maksu balik kampung cuti midsem ni Rasya datang jumpa maksu eh! =D
*Budak ini semakin bambam*
Tak tahu lagi apa perkembangan lain.. haha. Nanti aku dah tahu apa perkembangan nk update aku bagitahu eh!! ;-)
*Gambar semasa sambut Hari Malaysia haritu*
No comments :
Post a Comment