hit me..

gambar gambar

Saturday, September 17, 2011

RARA ZIKRY ~TOLONG DIA~

Assalamualaikum!



Hari ni baru aku dapat tahu tentang Rara Zikry. Kakak yang cantik ini telah mengalami satu keadaan yang amat memedihkan dimana semasa beliau beriadah bersama kawan-kawan beliau telah diserang asma. Dalam perjalanan ke hospital, rakannya mendapati bahawa beliau tidak sedar dan mulutnya berbuih. Doktor telah mengesahkan bahawa beliau dalam keadaan koma. Setelah sedar dari koma (Tak tahu berapa lama) beliau tidak boleh bercakap dan sesetengah anggota badannya susah untuk digerakkan. (Diambil dari blog-blog lain)

Keluarganya telah membuka satu fanpage di Facebook untuk meminta bantuan dari rakyat Malaysia. --->Contribution for Rara Zikry's Medical Expenses.


Walaupun kita tidak mampu untuk menolong beliau dengan bantuan wang atau barang-barang, kita boleh tolong berdoa supaya beban beliau diringankan.


Kakak, saya tidak dapat menolong akak dari segi benda, tatapi saya tetap berdoa supaya kesihatan kakak pulih seperti dahulu kala. Jangan berputus asa!

Kepada sesiapa yang ingin menderma, bolehlah berbuat demikian melalui :

Maybank Account Details
Account Holder Name: Zarina Binti Amir
Account Number: 112183147486
SWIFT CODE MBBEMYKL

atau

menghubungi ibu beliau, Zarina Amir di 012-3603509 atau zarinazikry@gmail.com

You Can Read This??? Drop Some Comments!

No comments :