hit me..

gambar gambar

Saturday, November 23, 2013

Cara Untuk Menukarkan SSID dan Password Maxis Broadband

Bismillah

Dah lama gila aku tak update blog ni.. Bersawang..! Aku kan dah duduk kat rumah sewa. Sekarang guna broadband sendiri so kena jimat-jimat la guna. Nasib baik time tengah update ni aku dekat fakulti so boleh la aku update dan dalam masa yang sama menjimatkan kan penggunaan broadband. Semenjak dua menjak aku duduk rumah sewa ni semua benda berkira.. hahaha...

Tapi kali ni aku nak ajar korang cara nak tukar SSID dan password broadband korang. Tapi kepada pengguna MAXIS sahaja ye, kalau celcom aku tak tahu. Kalau korang tak tahu SSID tu menatang apa, SSID tu dalam kata yang mudah adalah nama broadband korang. Biasanya kalau orang yang baru beli nama broadband diorang akan keluar seperti 2200-Maxis Broadband or something.  Ni cara-cara nak tukar..

1. Pastikan korang sedang connect dengan broadband tu. Pergi ke webpage  http://192.168.1.1/

2- Bila dah keluar perkataan Connected tu, korang klik kat Connection Setting tu. Masukkan username: admin dan password: admin then tekan log in.

3- Bila dah dapat masuk, klik pada WLAN dekat tepi tu dan klik pada WLAN Basic Setting. Akan ada keluar Name(SSID) dan WPA pre-shared key. Tukar la.. Name(SSID) tu nama broadband korang, WPA pre-shared key tu password korang..

4- Klik Apply. Then connect balik pada broadband korang... TADAA!!!

Selamat mencuba!
ps: kalau dah berjaya tu jangan lupa komen! Boleh la tahu entri ni membantu ke tidak! hehehe

13 comments :

Unknown said...

tq cik kak info berguna dan dh berjaya tukar..penjelasan ringkas dan padat thumb up"

Anonymous said...

password tu mane nak dpt?gune password wifi eh?

Etty Selamat said...

Password yg mana ni? kalau untuk mula2 masuk tu guna passsword "admin"

Anonymous said...

OOOO gitu...selama ni aku guna pswrd yg maxis bagi..punya lah payah aku nak hafal...siap aku tulis dan amik gambar lagi...tqvm

Anonymous said...

Hye sis, nak tukar kne guna lappy ke? Hp xle ke?

Etty Selamat said...

Kalau tak silap, guna handphone pon boleh. Try la. Kalau dapat bagitahu la sis. Nnt sis update.

Unknown said...

salam, boleh saya tanya . kenapa saya nak tukar tak boleh ye password dia ? nak log in pun tk blh , boleh bantu tak ?

Unknown said...

Memang password and username letak admin eh?

Hamiedy Haruna said...

http://192.168.1.1/

webpage not available ..

ada link lain tak ?

tlg reply kat email saya .. bley ? thanks ..

miedy87@gmail.com

Anonymous said...

Mohon bantuan...tak dapat la pakai 192.168.0.1..
Kalau guna password "admin" selalu je failed to Login.kenapa eik??ada password lain ke??

Amir Farhan said...

Samalah x dpt jgk log in guna password 'admin'. Padahal dh connected. Hairan.

Nabila said...

Nak Tanya kalau nak tukar security broadband daripada open ke wpa/wpa2 macam mana ? Supaya orang tak ambik kita punya WiFi a

Unknown said...

Username dgn password letak admin....